LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN

Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…

“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”
Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…

“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”


Apa pun yang lelaki katakan, perempuan pun boleh katekan.

So, ada aku kisah kalau takde laki pun ?

Hew.Hew.Hew.

Pucuk pangkalnya di sini. 

Lelaki dan Perempuan adalah sama sahaja pada zaman sekarang ni.

Bezanya lelaki ada 9 akal 1 nafsu.

Perempuan 1 akal 9 nafsu.

Renung2 kan dan selamat beramal. 

Wednesday busy

Hari ni rasa macam sibuk.

Jap lagi pas zuhur nak pergi pandan prima. Ada keje.

Pastu nak g bank. Ada urusan kerja jugak.

Bestnya la kalau ada driver kan?

Tapi sayang, semua kena buat sendiri.

Redha jela.

Nak kata aku runner?

Aku tak rasa pun macam tu,

Sebab aku memang buat dengan ikhlas.

Ikhlas sangat.. hahaha.

Dah2, buat kerja.

Gambar untuk harini takde.

Tapi aku nak bgtau. Today i wear all bluessss.

Blues sangat ;)

Cerita semalam

Keje tak banyak.

So call mokg, ada payment nak kena buat.

Then kebetulan mokg ajak lunch sama.

Kami lunch sama2 dekat NZ KLCC.

Kebetulan aku kena jumpa client.

Lunch sama jugak.

Aku mkn ayam tandoori. Sedap la jugak. Cuma serve agak lambat..

Then g Maybank KLCC ada urusan kena buat.

Kat dalam entri ni aku upload gambar view dari KLCC. See SDB.

Pastu masuk balik keje and balik.

Cepat sangat masa berlalu kan?

Cerita 2

Open house company aku

Joowaal.com

Buat kat Kelab Golf Pdrm Titiwangsa.

Launch produk baru.

PurLife.

Gila ramai jemputan.

Aku jadi penyambut tetamu.

Tema pink putih.

Ohmaigod. Geli.

Terpaksa pakai.

Pakaian di sponser oleh Sepul a.k.a perunding imej yang tidak berbayar.

Ahahaha. Thank you bro.

Ingatkan malas nak pergi, tapi aku tuan rumah.

Harusla ku gagahi jua.

Aku invite kawan lama dari Damansara.

Lama lost contact since form 1.

Dapat la jumpa kejap.

Thanks kembar Juliana Evans. ;)

Balik open house aku g jogging and lepak.

Oh yeah. Sebelum terlupa.

Aku dapat duit raya 100!!

First time nih. Thanks Pokjak!! We love u.

Ahahahaaha. Dapat duit terus love. Emang dasar!

Hari tu makan sangat la kenyang.

Makanan pun sedap.

Okeyla. Gambar tak banyak.

Gambar tuan belog haruslah ada.


Cerita 1

Assalamualaikum.

Wah.. Lama sangat cuti nya.

Cuti jugak la belog ni.

So sekarang kita kasi upload gambar2 yang telah sekian lama nya diperam.

Gambar2 ni masa befday emak boss.

Celebrate kat Redbox Pavilion.

Wah tempat kerlass sangat.

Yang booking harusla aku.

Bayar mesti la boss kan.

Aku tak nyanyi pun, sebab microphone ada dua je.

Harap je bilik VVIP.

Nak share sikit, kalau nak buat befday party, dia takde provide cake.

So uolls kena beli sendiri.

Tapi EGM beli cake tu sedap! Macam secret receipe tapi bukan.

Okey. Rate dia.

Aku ambil 20 pax time 9 mlm till 3 pagi.

Harga? Below than 2k plus plus.

Tu tak masuk lagi yang add on.

Nasib la. Yang penting dah settle.

Ape2 pun. Happy birthday Mak N.

Kasih Ibu Dan Ayah

Asslamualaikum

Terasa mengantuk dan sejuk sangat harini.

Ikutkan hati kecik aku ni malas nak hupdate.

Tapi paksa dan gagahkan diri jugak untuk menaip.

Nak dijadikan cerita,

Masa aku tengah breakfast kat pantry office,

Ada la seorang makcik yang berstatus ibu anak 2.

Maybe foreigner.

Dia story kat aku pasal anak2 dia.

Anak ada 2 orang je, Yang sulung umur 25, perempuan. baru habis belajar kat UNIMAS.Belajar 3 tahun kat Sarawak. dah konvo pun. Sekarang kerja kat Ampang Point.

Anak bongsu lelaki, 20 tahun, sekarang kerja kat Kelab Golf, Pavilion.

Makcik ni cerita, dia sedih anak2 dia tak dapat kerja yang elok, so dia rasa sedih sangat, kalau boleh dia taknak anak2 dia susah macam dia.

Makcik ni sayang sangat kat anak2 dia, kalau boleh dia nak anak2 dia berjaya, dia pesan, jangan jadikan keadaan keluarga yang susah sebagai penghalang untuk berjaya.

Pesan dia untuk anak2nya, Semoga senang dan bahagia dunia akhirat, bolehla ibu dan ayah tumpang kesenangan anak2nya.

Tapi dia takde la pulak cakap, kalau anak2 susah, ibu dan ayah turut rasa susah.

Aku rasa jarang la parents nak mengeluh dan merungut.

Segelintir anak2 je tak bersyukur dengan ape yang dia ada.

Aku dengar kan jela makcik tu punya luahan hati.

Aku rasa kesian sangat.

Tapi aku tak mampu nak tolong makcik tu.

Aku harap makcik tu kuat dengan semua dugaan dan cabaran hidup kat dunia and kota metropolitan ni.

Macam2 boleh jadi.

Alhamdullilah,

Pagi2 ni serba sedikit memberi kesedaran untuk aku supaya hidup dalam kesederhanaan.

Aku bersyukur sebab walaupun keadaan keluarga aku, tak la senang mana,

Tapi insyallah, ALLAH TAALA tu maha adil, ,maha mengasihani, maha mengetahui.

Kalau fikir balik,

Betapa besarnya pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu dan ayah.

Bukan la aku nak cakap aku ni anak yang baik,

Kita mana nak tahu kalau2 Ibu dan ayah kita pernah terasa hati dengan kita.

Aku taknak la tengok ibu dan ayah aku sedih.

Aku tak pernah pun nak rasa hidup mewah.

Aku cuba untuk tidak menyusahkan ibu dan ayah aku.

Aku akan cari apa yang aku nak dengan duit hasil titik peluh aku sendiri.

Aku taknak ibu dan ayah aku tahu yang aku hidup susah.

Aku selalu motivate diri sendiri supaya bersyukur dengan ape yang aku ada.

Aku cuma nak keluarga aku BAHAGIA.

Amin Ya Rabbal Alamin.



Isnin yang suram

Sebenarnya mood untuk update today ke laut.

Nak kata mengantuk tak jugak.

Neway, nak wish. Morning!

Lately ni rasa kerja boring, bosan, and whatever la rasa.

Nak kata sibuk tu tak la sangat.

Senang kata memang tak sibuk langsung.

Tapi bila balik keje tu penat lain macam.

Maksudnya penat datang balik office je..

Takpe la, ada rezeki, bila banyak keje, jangan bising pulak.

Eh. Tapi aku memang suka suasana keje yang sentiasa sibuk.

Mana cari ek? Ahaahaha.

Maybe tak time la kan.

Insyallah ada...

Semalam cuti, so melawat tapak la kita.

See, time cuti pun kita kerja.

Muka masih ada sinyummm..

Orang kata rezeki jangan ditolak.

Musuh kalau ada pun lantak dia la.

Today bfast nasi lemak.

Not bad la.

Happy working dear!

Lets start.

Bismillah

Sabtu dinihari

Assalamualaikum

Ada lagi yang tak tido ke?

Aku biasa la, time2 cuti ni kalau takde ape nak buat, mesti tido lambat.

sambil updated dengar lagu

Eren : Pergi Tanpa Alasan

Best pulak lagu ni.

Ada someone bagi  kat aku.

I love this song.

Ahaaaa. Tetiba terlayannnn.

Tadi blogwalking je.. Best baca blog dieorang ;)

Tapi semua blogger senior la.

http://kasihaleeya.blogspot.com/

http://sepet88.blogspot.com/

http://peejburhan.blogspot.com/

Blog yang wajib aku baca before buat kerja

Sorry akak2, kita copy paste url ;)

Tak pernah pun  meninggalkan jejak,

Tapi jadi gian seyh baca blog dieorang. Bestttt sangatttt.

Ahhaaaa.. macam pelik updated blog time weekend,

macam rasa dah lama giler kot tak hupdate time gini.

Ah lantak la kan, tengah ada mood,

So story la ape yang ada dalam kepala hotak ni.

Dulu2 kan, aku pernah ada belog tau,

Tapi dah delete sebab perkara yang memang tak boleh nak elak,

haihh la..

kalau pikir balik, blog ni as a part of life kita la kan,

Tapi biasa la, manusia memang tak pernah nak senang.

Disebabkan nak jaga hati orang, hati kita yang terabai.

Sebenarnya aku suka sangat sweetstalker dari followers.

Mesti orang pelik, kenapa aku lebih suka musuh dari kawan.

Meh sini aku nak habaq mai,

Sebab bila kita ad stalker ni, kita dapat belajar kenal orang.

Lagi satu, dah kata STALKER, mestilah dia akan mengutuk, mengata, mengumpat and whatever la kan,

Secara automatik nya, PAHALA la kita akan dapat.

Thanksss sangat2 kat mereka yang terlibat.




Jumaat lagi

Assalamualaikum

Alhamdullilah. Masih bernafas lagi harini.

Terima kasih Ya Allah.

Then,Al-fatihah jugak untuk arwah sedara mara, kawan2, and umat islam yang telah meninggal dunia..

Berpijak la kat bumi yang nyata selagi masih hidup.

Life must go on, and kadang2 ingatlah yang kita bukan la sentiasa di atas.

Yang kita bukannya sentiasa akan senang.

Yang kita bukannya selamanya hidup susah.

Allah Taala tu maha adil kan.

Ajal maut semua tuhan punya kerja.

Kita manusia yang kerdil ni cuma mampu berdoa dan tawakal je.

Ape2 pun, lebih baik muhasabah diri sendiri pagi2 yang mulia lagi tenang ni..

Today kita breakfast roti dengab milo je.

Lets start buat kerja.

Bismillah

Hipokrit

Tajuk tak hingat.

Muhasabah jap kat diri sendiri.

Actually bukan la nak story sangat pun.

Cuma tetiba ada benda nak share kat sini.

Ape yg uolls paham pasal hipokrit ni ek?

Sama tak maksud dengan bertalam talam dua dan empat or sepuluh muka?

Lebih kurang ek?

Ok lets story.

Ni pefahaman aku la kan,

Jangan menilai manusia berdasarkan luaran sahaja.

Manusia kan, memang dilahirkan ada semua sifat dan sikap.

Alhamdullilah yang lahir cukup sifatnya.

Tapi macam mana pulak sikap nya.

Ye. Aku tak baik. Aku argue.

Aku takde hak nak bahasakan orang.

Ye. Yang tu aku tahu.

Tapi tak ramai tahu yang aku akan bersuara bila tiba masanya.

Paham?

Ok. Continue.

Boleh tak kita belajar untuk jadi diri sendiri.?

I means, jgn nak ikut cara, gaya, or ape jela seangkatan dengan nya.

Bagi aku, memang terlalu banyak pebezaan antara orang berduit and orang yang tak berduit.

Mesti orang describe aku sebagai,

Eleh, jeles la tu,

Eleh, iri hati la tu,

Eleh, dengki la tu.

And lantak la nak ckp aku ape pun.

Aku redha..

Ye.. Aku memang tak mampu untuk semua ni.

Butttt,, insyallah.. Ia nya akan menyusul.

Perkara yang baik akan dibalas dengan baik kan?

Lambat atau cepat tu semua kerja Allah Taala..

Hidup harusla bersyukur.

Aku suka ayat ni.

" kalau senang atas kesusahan orang lain sangat la kejam kan"

Nothing to say la.

Just motivasi di pagi hari.

For general la, not for somebody or someone or whatever.

Khamis sudah

Huwo huwoo huwooo woo

Today bluueeeesss sangattt

WW

Hari rabu sedunia.

All black casual.

Rasa macam awal pulak nak masuk opis, so kita bfast dulu kat NZ KLCC.

Itu he tempat dekat dengan opis.

Opis kita kat Wisma SDB.

Orang KL tau la kat mana. Hehe.

Lets tengok gambar.

Then masuk opis.

Mulakan keja dengan lafaz

Bismillah.

Zuhur tadi

Sejak2 boleh update via tepon ni,

Rajin pulak up entri baru ye?

Lantak la.

Blog aku kot.

Tadi g mencari keredhaan ilahi.

Pastu melaburkan diri,

Now relax kan diri dengan menelaah quotation2 hotel.

Sambil tu meh minum vico panas and jacobs!