Ramadhan 16

Assalamualaikum

Hoihh, niat nak updated blog sendiri setiap hari dalam puasa ni.

namun ? niat saja, buat nya tidak.

bukan nya takde bahan nak story,

tapi  lebih suka blogwalking.

Aktiviti puasa berjalan macam biasa.

Sahur, buka, terawih without family sendiri

Tapi Alhamdullilah sebab ada Family HB jugak kat sini ;)

Sekejap nya dah nak habis Puasa.

Kira-kira dah nak raya.

Persiapan raya ? Ala kadar je, dah meningkat umur ni takde taksub mana dah nak sambut raya ni.

Cuti raya pun tak dapat lagi ni.

Tunggu approval.

Oh ye, so far buka puasa ni baru sekali je ter buka kat luar.

Tu pun tak sengaja.

Jiwa puasa tahun ni rajin masak la pulak.

Buka puasa dengan company tak dapat nak attend Sabtu ni kat Hotel Maluri , sebab ada hal.

takpe, this year takde rezeki.

Okey la, rasa nya tak tahu nak menaip apa lagi.

Continue nanti ye.

Selamat berbuka.

Ramadhan 4 & 5

Assalamualaikum

Dah nak balik baru berkesempatan updated blog.

Updated ringkas jela.

Nak kejar masa yang tak berapa nak dikejar.

Oh ye, Alhamdullilah dah masuk hari ke 5 berpuasa kan?

Biasa la kalau weekend memang tak berupdated la blog ni.

So far solat terawih tak tinggal lagi. Alhamdullilah.

Harini masuk kerja macam biasa.

Till now tengah pening nak masak lauk berbuka apa.

Ramadhan 4 makan Sayur je and Spagheti.

First time buat. Yeahhh. well done. Sedap la ditekak kita.

Ramadhan ke 5 makan laksa kedah. Masin.

Menyesal makan luar. tapi bersyukur sebab masih boleh rasa nikmat berbuka puasa.

Campak kat Gaza tau la hidup cemana nanti.

Time tu rasa nak bersyukur dengan nikmat yang ada memang dah lambat.

Okey la. Nak balik dah.

Jalan jem puasa tahun ni.

Nak pulak MRR2.

Bertabah la ye.

Ok bye.

Ramadhan 3

Assalamualaikum.

Actually semalam ada updated entry ramadhan 1 kan?

sekali ter delete la . bengang. tapi sabar.

baru semangat nak updated setiap ramadhan. 

takpe, takde rezeki.

then semalam balik kerja singgah jusco.

beli bahan nak masak.

kita masak mihun grg and grg telur.

alhamdullilah kenyang.

before balik singgah bazaar.

beli murtabak je.

balik, solat asar, masak, mandi then tunggu waktu nak berbuka.

8.15, gerak pergi terawih.

still masjid yang sama.

Kajang.

tapi buat 4 rakaat je, sebab imam kat situ  selang dengan ceramah.

Alhamdullilah selesai ramadhan ke 2.

today sahur mihun grg lagi and air milo.

oh ye. nak share pengalaman pergi terawih.

hari first rabu malam khamis, kita buat 8 rakaat kan? 

hari second pulak, khamis malam jumaat, kita sempat buat 4 rakaat je.

setiap hari kita jumpa orang yang berlainan.

orang tu semua baik2.

walaupun bukan tempat kita, tapi kita dapat layanan yang baik sangat.

alhamdullilah.

Ramadhan 2


Assalamualaikum

Pagi ni pergi kerja hujan.

jalan jem tak hingat.

tapi takpe, rahmat allah taala turunkan untuk orang yang bangun pagi nak mencari rezeki kan.

semalam kita berbuka nasi lagi. lauk sardin dengan telur dadar.

alhamdullilah.

dapat tunaikan solat terawih walaupun 8 rakaat.

tempat boleh tahan jugak la. 

masjid besar kajang.

nevermind, sebab nak beribadat kan?

kalau shopping sampai alamanda putrajaya tu sanggup pulak.

okey. bukan kita. kita layan tesco je. hehe.

balik tu teringin makan satay.

tapi satay kajang tutup. nasib baik. 

sebab tak minat sangat. tak sedap.

HB gigih cari sampai ke PGA Cheras.

satay ni pun not bad.

Thanks HB.

today done settle keje, cuma sekarang tengah fikir nak masak buka apa.

over kan? padahal baru tengahari.

lagi satu. ni updated via phone.

pelik gambar tak boleh nak share.

phone ni pun dah nazak.

tunggu masa jela.

sabar sikit ye.

then pc office pulak problem. 

macam2 dugaan today.

Ya Allah. kuatkan hatiku untuk terima semua ujian mu.

balik kerja awal bulan puasa ni.

tapi sampai rumah still lewat. jem kot,

okey. mohon bersabar ye.




Cameron Highlands

Assalamualaikum

Nak share gambar lama dah,

Bila dah malas memang takde makna nak updated

Anyway, sebenarnya rindu nak pergi vacation lagi.

Tapi nasib ada gambar kenangan.

Atleast boleh la buat terapi minda sementara waktu.

Ada rezeki lagi insyallah kita sampai lagi. Amin.






































Maaf la banyak sangat gambar.

Dah kata vacation kan ?

harusla bergambar buat kenangan.

bila lagi nak pergi tak tahu bila. Sebab sekarang sibuk dengan kerja baru.

Best sasngat pergi tempat natural macam ni.

Excited nak tengok orang asli.

Oh ye, haritu kita ada pergi Felda Residences Hot Spring kat Sungkai.

Apa yang best kat situ cuma kolam air panas.

Pool pun more pada budak-budak.

tapi kita seronok je.

And one more thing paling seronok sebab dapat jumpa orang asli real.

Ok bye.