BLAH SEKARANG.

Nak cerita pasal " kerana mulut badan binasa"

By right kalau nak di ikutkan, semua orang ada masalah.

Let say la ujian yang tuhan bagi kau tak boleh nak hadap, apa kau buat ?

Bunuh diri ? Serius umur je nampak tua, tapi otak tak matang lagi pun. mentah. banyak benda kau kena belajar dari orang pengalaman.

Tak semestinya kau ada duit, pangkat, darjat semua tu kau boleh pijak orang lemah bawah kau. Setahu aku kau pun penah susah, kau pun orang biasa je. bukan sebab aku cakap ni aku marah, tapi aku nak kau tahu, bukan semua orang boleh ikut cakap kau.

Anyway, if kau rasa benda ni melibatkan banyak pihak tak salah kalau argue semua tu.

Dengan minta maaf semua orang boleh buat derrr, tapi hati orang mana kita tahu.

Kau cakap macam kau tu senior la sangat2 dalam bidang ni, tapi serius, kau dah terkena balik apa yang kau cakap. Kenapa kau senyap ? Kenapa kau takut bila orang nak mengakkan benang yang dah basah?

Semua permintaan kau orang follow, ye, time tu memang rezeki kau, tapi sekarang bukan lagi.

Sila renung2kan balik pengorbanan kami untuk kau.

Weekend

Assalamualaikum

Selamat Pagi.

Selamat Hari Isnin.

selamat bercuti sekolah pada adik2 ku.

Niceee kerja sorang. happy.

Sabtu Ahad cuti yang menenangkan aku. ingatlah nak stay rumah.

Sabtu malam ibu call nak turun KL jumpa PM.

Ramah Mesra 1 Malaysia Peniaga Kecil seluruh Malaysia dengan PM. Ibu kerja kat Kantin, so kategori peniaga la jugak kan ?

Mula2 cakap rombongan bas bawak pergi Putrajaya. Tapi pelik jugak, sebab kat sana Himpunan Jutaan Belia. Oh. Silap, rupanya kat Dataran Merdeka.

Kalau Putrajaya memang tak lah aku nak pergi, sebab jauh. lagi pun bodyguard outstation.

Then ibu sampai around 3 pm. aku masih kat rumah, tidur.hehe.

Fared call baru aku bangun. mandi then gerak dataran.

Blur kejap, nak pergi naik motor ke or LRT.

Then call Sepul, dia suggest naik LRT. lagi pung ahad petang jalan KL Jem.

First park kat LRT Keramat, then straight turun dekat Masjid Jamek.

Sampai2 aku blur nak keluar mana.

Nasib baik ada ahkak ni baik hati guide aku sampai jalan nak ke dataran.

Padahal, aku dah aim akak tu dari dalam LRT lagi.

HAHA. ni la padah nya kalau hidup tak pandai independent.

Tapi takpe. aku dah belajar dari pengalaman.

Sampai dataran call ibu, then jumpa, salam and cium.

Ibu ajak pergi masjid india, bawak la jugak jalan2, then beli sikit cenderahati balik Johor untuk family.

Agenda jumpa PM pukul 8 pm. tapi jalan2 kat masjid india sampai pukul 8.30. HAHA.

terus gerak balik dataran, tengok2 Wife PM je ada, Menteri2 pun ramai sangat.

Ya ALLAH. Rami gila umat. town pulak penuh dengan polisssss.

Then teman ibu amek makanan sebab dapat voucher kan,

Around 10 pm ibu suruh aku gerak balik sebab dah malam then aku sorang pulak tu :(

Salam2 ibu then aku terus gerak ke LRT Masjid Jamek.

Topup kad and gerak balik. sampai rumah tidur. Ibu mesej pukul 2am baru sampai Simpang Renggam.

Alhamdullilah Amin.


Bersamamu

Huaaarrrgggghhhhhhhhhh

T___________T

Sedih sangat tengok Bersamamu.

Dari episod fiest sampai sekarang

Nangis dalam hati je mampu

Tak mampu nak bagi duit banyak2

Ya Allah kuatkan hambamu yang hadapi ujian mu.

Tapi, ALLAH akan bagi ujian ini pada orang2 yang terpilih sahaja.

So, kita yang tak terima ujian macam ni kenalah bersyukur ye ?

Nak sambung menangis jap.

Jom bersyukur ramai2.

KBAI


Khamis Malam Jumaat

Assalamualaikum

Mood for today okay

Harini tak ganti puasa pun. minggu depan la kot.

Kerja semua settle dah masa aku tengah type ni.

Malas la nak tangguh kerja kan, lagipun kita kerja di bayar gaji.

So buat la kerja tanpa perlu di beri arahan. Ye dak ?

Orang kata bertindak mengikut arahan, tapi jangan pulak diarah banyak kali baru nak buat.

Boss pun bengang tengok.

Boss is boss la.. Yang bukan boss jangan nak perasan jadi boss. Annoying tahu ?

Nothing la nak cerita banyak, bukan budak2. dah ada otak. boleh pikir.

Ok Bai.

Meninggal

Assalamualaikum

Semalam balik awal sikit, so today sampai opis pun awal.

Mood for today ok la.

Harini ganti puasa, harap dapatlah tahan sampai ke petang.

Sedih semalam tak hilang lagi, harini blogwalking kat http://miera301.blogspot.com/

tentang pemergian birasnya. Allahyarhamah Normawati.. Orang Pontian Johor.

Arwah mempunyai seorang anak lelaki, comel budaknya. Rafiq. Then husband yang tabah Talib.

Al-Fatihah dan Salam Takziah pada keluarga Arwah.

Dari DIA kita datang, kepada DIA la kita kembali.

Actually aku adalah silent reader kak moon, tak pernah pun beri comment apa2 dekat setiap entri yang hupdate tentang arwah.

Setiap perkembangan arwah aku baca, then sedih sangat2.

Kagum sangat tengok husband and family arwah hadapi ujian ALLAH.

Bila teringat pengalaman yang lalu rasa macam nak menangis je.

Yela. aku ada seorang kawan rapat yang meninggal akibat kanser payudara.

Arwah pergi masa umur 20 tahun. muda sangat kan?

Arwah baik orangnya, cantik dan memang sangat rapat dengan aku.

Kejadian berlaku sekelip mata je, lagipun kanser arwah dah stage 4.

Nak dipendekkan cerita,

Dulu aku kerja kedai makan, selalu arwah datang kedai. Arwah suka makan SOTO + Sambal kicap.

Favourite food same with me :) Tak sah kalau tak pedas.

Ada satu hari tu dia nak makan SOTO without sambal kicap. pelik jugak aku.

Then arwah balik tu dia suka pegang2 aku cakap nak kurus macam aku.

HAHA. tu dulu, sekarang gemuk weiii.

Kejadian ke2 pulak masa bulan puasa, aku meniaga kuih depan kedai,

Dah kemas2 nak balik time nak berbuka dah masa tu, arwah datang kedai aku then tolong aku kemas kedai and anta aku balik naik motor.

Masa tu dia ada mengadu sakit bawah ketiak.

Aku suruh dia check kat Klinik, tapi dia suka tangguh. Anggap sakit biasa.

Lepas daripada tu, kakak dia inform arwah tetiba sakit.

Dengan tetiba?

Sebulan jugak arwah sakit, then duduk HSA JB, ada jugak bawak pergi urut kampung.

tapi still tiada perubahan.

Last aku tengok arwah dalam kete kakak dia masa tu dah bawak balik berurut, kurussss sangat.

Tapi aku tak berapa nak tenung sangat arwah sebab serius, tak sampai hati. Lain sangat...

Tak lama lepas tu arwah dah kritikal, HSA JB tak boleh nak handle case arwah, then arwah di transfer ke HSI JB.

Dekat HSI tak lama sangat sebab masa malam jumaat tu arwah dah kritikal, family, sedara mara rapat yang datang dari jauh and kawan2 datang bacakan Yasin kat sisi Arwah.

Akhirnya.. tepat pukul 2.00 pm hari Jumaat berapa haribulan and tahun pun aku dah lupa, yang penting dah 3 tahun berlalu. lepas ayah arwah balik sembahyang jumaat, arwah menghembuskan nafas terakhir.

Masa tu aku tengah sekolah, takde kat sisi arwah..Aku dapat berita sahaja dari kakak arwah.

Then masa arwah dikebumikan aku pergi melawat, selesai semua pengebumian, malam tahlil pun aku datang rumah arwah.

rasa maca tak percaya arwah pergi secepat tu.

ALLAH lebih sayangkan arwah.

Dah berapa kali raya aku tak pergi melawat kubur arwah, insyallah tahun ni aku pergi.

Then lepas sembahyang aku selalu sedekahkan al-fatihah kat kawan2, sedara mara, then umat islam lain yang telah menghadap illahi.

Semoga arwah ditempatkan di golongan orang yang beriman.

Kita yang hidup ni teruskan berjuang dan beribadah pada ALLAH.








Nilai:)

Mengharapkan penghargaan bukan berdasarkan wang ringgit.

Tapi berdasarkan di jauh lubuk hati nya yang tesangat lah ikhlas dan telus.

Sangat gembira tengok orang yang kita sayang tersenyum sampai ke syurga.

Senyum

HEHE

Senyum.Senyum.Senyum.

Lucu la baca balik the previous entri

Jangan nak moody sokmo la.

Aku je benci tengok diri aku sendiri.

Tetiba harini nak sentap sangat2.

Walaupun aku muka gangster tapi hati aku lembut macam perempuan lain tau. auwww~~

Enough la pasal luahan hati dan perasaan tu.

Tapi aku suka sebab takde orang yang boleh comment

HEHE

Setiap manusia boleh berubah kalau dah niatnya tu betul. ye dak ?

Untuk menjadi yang terbaik kena duduk dengan orang yan baik2.

Kalau duduk dengan orang penipu. MENIPU aje la kerjanya.

Macam tu jugak kalau duduk dengan pencuri, MENCURI aje la kerja.

Jap lagi nak balik kerja dah.

1 Hari layan perasaan sambil fokus buat kerja.

Then untuk belog ni aku akan hupdate setiap hari selepas kerja aku settle :)


Selasa Nothing

Harini punya cerita

Pagi tadi bangun awal dah, patutnya tak lambat masuk office kalau takde problem.

Today mood very the very very spoiled.

Semua benda buat tak kena.

Aku dah lah pickup call, customer ingat aku tak sihat, effect suara kan ?

Tapi work aku everything will be ok.

GM bagi kerja pun immediately aku buat. So takdelah benda bertangguh kan.

Kerja tak bape nak effect, tapi hati aku lah tak bapa nak tenteram.

Solat dah, ambil wuduk pun banyak kali dah.

Still tak tenang jugak. Rasa macam down sangat2.

Dah cuba nak tunjuk sikap profesional, tapi still tak boleh nak elak.

Haihhh la..

Tolong lah berubah weii..aku tak sanggup dah nak fight benda yang tak seberapa bagi kau.

Problem yang sama, orang yang sama.

Aku cuba untuk terima,

take time.

SAKIT and PERIT yang lama tak sembuh lagi.

Tolong didik aku jadi manusia yang sempurna, aku tak kisah kalau kau pun tak sempurna.

Kita kan manusia. Aku paham.

Lama2 tengok serius bosan, tapi nak buat macam mana..

hadap jelah perangainya kalau kau dah terima.

Come on la... Kalau cemburu tu memang wujud, aku taknak kena secalit pun.

Tapi lumrah lah kan ?

Berkongsi kasih tak semestinya bahagia.

Kalau orang yang bahagia sangat2 pun susah

Kalau orang yang asyik gaduh je pun susah gak wei..

Haddoiiila..

Aku cuba cool untuk beberapa hari ni.

Cuba diamkan diri supaya situation back to normal.

Walau hakikatnya masih simpan untuk menjaga hati banyak pihak.

Sekian.




Koleksi Kesayangan :)

Dulu ada Facebook boleh lah upload.

Sekarang akaun tu aku dah delete.

Aku sayang dekat blog ni sahaja :)

Time perasaan tak stabil ni lah keluar lagu jiwang2. Demmmm!

Tapi aku adore gila kat lagu ni.

Jom dengar sama2.


1 ) Isma AF7 ( Aku Bukan Pilihanmu )



2 )  ST12 ( Kebesaranmu )


3 ) Wali Band ( YA ALLAH )



Impian :)

Impian aku

Ditegaskan lagi sekali..

IMPIAN! IMPIAN! IMPIAN!

Cuci mata la time tengah sedih2 ni..

Dengan cara ni je aku try nak senyum :)











Cepat Anum Simpan Duit.

Ting! Ting! Ting!

Homaigodddd.. macam dah banyak lah duitnya. HAHA.

Relax.. End Of The Year.. Saving is First. HEW.HEW.HEW.

Tak sabar melihat hasilnya dengan titik peluh keringat yang membasahi ku selama ini.

Amboiii.. panjangnya penutup.

IMPIAN DALAM HARAPAN DAN INSYALLAH KENYATAAN. AMIN :)

Pengorbanan :)




Never End Ever

SEDIHHHHH

Tak boleh nak focus kat kerja.

Banyak masalah sekarang ni.

Alhamdullilah  ALLAH nak uji aku sekarang.

Sekurang2nya aku dapat muhasabah diri.

Semoga semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar.

Jauh lagi aku kena menapak untuk hidup kan ?

Think positif, tak nak think negative.

Enough.

Kecewa :(

Assalamualaikum

Morning Uolls

Haihhhhhhhh la..pagi2 masuk opis dah mengeluh.

Mood dah tenggelam dalam air la..

Sedih  sangat harini, bukan sebab kena kerja sorang, tapi sebab lain...

Entahlah.. dugaan yang datang sering menguji aku..

Kadang aku kuat, kadang aku lemahhh sangattttt.

Kadang aku gembira sampai tak ingat sedih nya tu berlipat ganda..

Kadang aku cuba jugak nak ignore benda yang jadi dekat sekeliling aku,

tapi aku kan manusia biasa, bukannya jin.. ye dak ?

Aku cuba untuk percaya, tapi kadang2 aku ragu sendiri..

Bukan tak kenang  jasa pengorbanannya

Tapi lebih faham dengan sikap peramah yang amat sangat.

Entah, aku lain pulak caranya..

Semua orang ada ego masing2, kesabaran pun ada tahapnya.

Jalan penyelesaian yang terbaik adalah duduk berbincang dan explaination yang jelas.

Jelas. Nyata. Dan Terang.

Ini bukan lah satu rungutan atau ungkitan, tapi luahan dari hati aku yang tak stabil.

Pengalaman lama dah cukup sangat mengajar aku erti perjalanan hidup nak ke arah yang matang.

Mybe take time untuk aku terima apa yang dah jadi.

Sangat perit.

Sebagai perempuan memang tak dapat nak dinafikan memerlukan perhatian yang secukupnya dari orang yang pandai menjaganya.

Tak kira lah wife orang, girlfriend orang, atau diri aku sendiri..

Kadang bila fikir balik, adakah lebih baik single daripada ada pasangan ?

Keliru...

Kalau nak difikirkan, tiada hubungan yang bahagia selalu,

asam garam dalam pasangan la gaduh perkara kecil adalah biasa.

Dalam bercinta pun perkara2 ni boleh jadi isu, apatah lagi dah kahwin.

Ya ALLAH, kuat sungguh wanita yang tabah dengan dugaanmu.

Banyak perbezaan kawan dengan orang dah berumur ataupun yang masih muda.

Aku berharap sangat dapat tabah hadapi dugaan ni.

Takde siapa yang inginkan perpisahan mahupun penceraian.

Lumrah hidup, setiap pertemuan adanya perpisahan.

Semua orang inginkan juga jodoh yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Kita sebagai umatnya hanya mampu berdoa dan berusaha.

ALLAH yang berhak ke atas semua khalifah di muka bumi ciptaan nya.










Monday Smile ;)

Assalamualaikum

Woahhhhh.. berapa hari aku tak hupdate belog ?

Patutlah rasa tak basah je time mandi, makan pun tak bape nak kenyang, tido lagi la tak lena

Tu yang masuk opis mengantuk gilerrrr.

Selamat Hari Isnin ye :)

Today takde apa pung nok story..

Eh ! Lagi bape bulan dah nok puasa kan ?

harap2 penuh la puasa this year. HAHA. Boleh ke ?

Then pastu raya pulak ? Ya ALLAH.. Murahkan rezeki kami sekeluarga.

Nak cite pasal hati sikit, kadang2 hati ni sukar nak di jangka kan ?

Adakalanya ok, adakalanya macam wet tissue.. tak basah, tapi cam lembab. paham ??

Never end ever, a past of memories sometimes come again..again..and again..

Anyway takde apa pun yang nak di menyesalkan sekarang ni.

Semua nya dah tertulis..Aku redha and pasrah.

Oh, then story my work.

So far kerja aku ok.. cuma kena kuat lah dengan semua dugaan yang datang.

Nak hidup senang kenalah susah dulu..

Ye.. sebab susah tu la mengajar aku jadi manusia yang workaholic

Umur 21 kan banyak benda baru kena belajar.

Ambil benda yang mencabar kat sekeliling ni sebagai petunjuk untuk berjaya ye uolls.

KBAI


Work Vs Kerja

Selamat Pagi

Kerja.. Kerja..Kerja..

Kalau malas nak belajar ni lah jadinya.

Tapi takpe la kan, rezeki kerja aku awal kot, cuma tak berapa nak berpelajaran la.

Kawan2 aku time ni semua tengah final exam la, dalam bilik kuliah la, tengah praktikal la. Hurmmm.

Aku doakan uolls yang study ni semua akan berjaya and jadi orang yang berguna.

Sekarang memang susah nak cari kerja kalau takde pengalaman,

Mybe kau belajar tinggi kau nak gaji tinggi, then nak jugak pangkat tinggi.

Tapi kalau dapat, semua tu dah memang tertulis untuk kau.

Alhamdullilah la ye.

If kau belajar tak pandai pun, tak semestinya kau tak boleh dapat gaji tinggi, or pangkat tinggi,

Kau boleh dapat benda tu dengan cara lain,

Usaha lebih sikit, then kerja kena la tekun.

Anggap lah kau budak kecil yang baru nak belajar jalan.

Jangan malu nak tanya kalau ada perkara yang kau tak paham.

Jangan buat keputusan tanpa berbincang.

Aku kat office mulut agak pedas jugaklah.

Serius, sapa yang terasa aku minta maaf la ye..

Yela, walaupun aku macam ni, aku still boleh dengar  cakap orang atas,

Ye.. aku pernah buat silap, tapi aku dah cuba yang terbaik untuk berubah.

Semua manusia tak pernah lari daripada buat salah kan ?

So sebagai umat kau kenalah bersyukur.. perkara ni semua lumrah hidup.

Fyi aku dah berkecimpung dalam dunia pekerjaan ni 7 Tahun.

Start umur aku 15 aku dah cari pengalaman kerja,

Penat tu tak payah cakap lah...

Alhamdullilah.. till now aku kuat dengan semua ni.

Insyallah, kalau umur aku panjang, aku nak pergi jauh lagi dalam kerjaya aku.

Doakan ye..






Wednesday Day

Semalam punya cerita,

tapi tak sempat nak hupdate.

Nak kate banyak kerja boleh la, tapi takde lah banyak sangat.

Aku pun tak suka nak tangguh2 kerja.

If boleh settle on that day aku lagi suka, esok nya boleh buat kerja yang baru.. Ye dak ?

Rasa bila tangguh2 kerja ni macam tak selesa pulak,

Tapi bila kerja semua dah settle boring pulak ? Haaaihhh la..

Then semalam aku macam murah rezeki lah sikit,

So aku decide belanja orang2 kat office

Secret receipe je.

Aku beli 3 slices..Indulges 2 and chocolate cheese 1 special for mother day's. HEHE.

Tak dapat nak amek gambar pun sebab nak tunggu KAMERA. HEHE

Alhamdullilah Ya ALLAH atas rezeki yang telah engkau berikan.


Mengumpat Jap

Alahai.. tetiba rasa nak mengumpat.

Annoying la tengok kau pompuans :)

Makin lama makin gedik pulak.

Takde dah nak cover2 ye ?

Nevermind lah, janji kau bahagia.

tapi takpe la.. kita tengok kan jela.. gedik dia tu boleh pergi jauh ke tidak ?

Btw dia tak kacau aku takpela kan , tapi ada jugak wooo kadang2, cuma aku relax je dulu..

Kalau jadi diri sendiri boleh tak ?

Jangan dok hipokrit.

Geli lah !!

Corporate Style Simple


Ayam Penyet :)

Haihhh lah.. nak hupdate entri ni telan air liur :)

Jom tengok sama2..

Makanan ni aku masak sendiri tau :)

Nyumnyumnyum






Hurmmmmm :) Menjejeh air liur, kalau nak lap mau kena pakai mop. HAHA.

Nak masak camni lagi, tapi Ya ALLAH. Malas :)

Jogging

HAHA..

Jogging lah sangat

Gambar dah lama, tapi saja nak hupdate, nanti boleh buat kenangan :)

Location biasa la, Tasik Titiwangsa, tempat haruslah taknak kalah, tapi jogging lah sangat kan ?





Selamat Hari Guru.

Assalamualaikum

Happy Wednesday

Haihhhh la.. Mengantuk tak hingat.

Pagi2 lagi dah jumpa customer gila..

Sabar jela..

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU

Pada cikgu2 SK Sungai Linau,SMK Dato Abdul Rahman Andak, and SMK Simpang Renggam.

Terima Kasih teacher sebab telah mendidik saya sehingga saya berjaya. I Love Uolls.

Aku tau takde sorang pun teacher  aku baca this blog. Tapi mana tau satu hari nanti kan ?

HEW.HEW.HEW...Perasan lebih..

Yela.. lagipun aku kan tengah nak menapak lagi dalam dunia belog ni kan ?

Okeylah, nanti aku continue type story.

Nak sambung buat kerja jap.

Kbai :)


Happy Tuesday :)

Assalamualaikum

Boleh tak nak rambut macam ni ..

Bukan nak colour rambut, sebab aku bertudung kan ?

HEHE.

Niat dihati memang nak inai pun, tapi not colour kimia tu.

Nak potong style macam ni je.

Tension la dengan rambut panjang ni,

Susah nak urus.

Pagi2 kalau dah lambat, leceh nak dry bagai.



Kupinang Kau Dengan Bismillah


Cheque Maybank

Assalamualaikum

Selamat malam uolls

Maaf la the previous entry tadi teremosi lebih,

Biasalah, pompuans kan hormon tak berapa nak betul

So untuk menghappy kan diri sendiri meh nak show off

 First time tulis cheque :)


Angry So Much.

Aku cukup pantang kalau aku tak kacau orang,

Tapi orang dok sibuk kacau aku.

Aku minta duit korang ae kalau aku nak ke mana pun, buat apa pun ,

Sibuk sangat apehal ?

Duit aku, so hak aku , ko takde hak nak tahu apa aku buat dengan duit aku sendiri, kecuali family aku amek tahu takpe.

But you not my family walaupun kau diantara orang2 yang aku rapat.

Faham ? ? ?

Aku cari duit bukan untuk suap kau, tapi untuk suap mulut aku sendiri and my family.

Cukup2 lah nak sibuk jaga tepi kain orang,

Jangan sampai aku koyak kan kain kau.

Aku tak emosi sangat pun sebenarnya.

Then aku malas nak amek port.

Kau boleh tegur aku bab keagamaan aku akan terima sepenuh hati.

Tanpa di paksa aku akan buat demi ALLAH.

Tapi bukan demi kau.

Kau sendiri tak betul ada hati nak lead orang lain.

Family kau, life kau, duit kau, Kau tolong Jaga.

Jangan cuba2 nak Jaga AKU !!!

Entah apa ada kat kau pun aku tak tahu.

Macam sengal pun ada siapa yang follow kau.

Mybe aku pun dah jadi sengal.

Tak Sedar diri pun ada aku tengok kau ni.

Kalau dah rasa diri tu kat atas sangat, memang tak pernah nak tengok bawah agaknya.

Tapi takpe, ALLAH tu maha ADIL :)

Convention Along