Sembang Kosong

Assalamualaikum

Cecepat hupdate, sebab takut internet loading.

Rasa nak sembang je harini.

Apa kabar uolls ?

Harap semuanya sihat belaka,

Lama gok aku tak hupdate, maaf pada reader kat sidebar :)

Thanks A Lot sudi tinggalkan comment.

I will untuk kerap hupdate.

Sebenarnya aku memang nak share story, tapi perasaan malas tu membuak2.

Lets kita sembang.

Lately ni aku macam busy sikit.

Since office sementara kat Ukay Perdana, rasa macam jauh pulak nak pergi,

Tapi aku masuk pagi jugak la, macam biasa.

Cuma 2 3 hari lepas sibuk ulang alik Ukay Perdana ke Ampang uruskan internet new office.

Esok pun still follow up dengan TM untuk urusan installation.

Aku rasa macam runner seyhh.

Tapi dah diberi tugs kan ?

Haruslah ikhlas. Kata nak cari rezeki halal.

Eh, sekarang KL musim hujan,

Kalau tak petang, mesti malam.

Alhamdullilah rahmat ALLAH turunkan.

Marilah sama2 bersyukur.

Tapi rasanya macam satu Malaysia kot hujan,

Kesian Negeri kat Pantai Timur,

Kalau hujan lebat sampai 2 3 jam mesti banjir.

Johor pun sama. (Negeri kelahiran )

Now aku stay KL, so suasana stay without family sangatla lain.

Everything kena buat sendiri.

Independent katanya.

Aktiviti aku hari minggu pun cuma rehat kat rumah je.

Nak keluar bukan ada ape pun.

Nak balik kampung rasa macam penat.

Raya haji jela insyallah balik.

Okeyla. Habis idea dah,

Ada cerita nanti kita continue hupdate okey.

Take care uolls :)



 Gambar 2010, IKEA :)