Berserah

Assalamualaikum

Dah nak akhir bulan rupanya.

Sedar tak sedar sekejap je masa berlalu.

Macam- macam dugaan aku terima.

Aku rasa sedih, tapi aku cuba untuk pura- pura happy.

Bila aku rasa nak menangis aku cuba untuk ketawa.

Bila aku ada masalah aku cuba untuk lupakan walaupun sekejap.

Bila melibatkan hati ni, susah kot nak kawal.

Hopefully aku kuat berdiri kat kaki sendiri.

Tak semua yang kita impikan akan dapat.

Walaupun lama mana pun tunggu, if bukan itu yang ditentukan, terima jela dengan hati yg terbuka.

Memang bukan senang, tapi cuba jadikan perkara tu sebagai petanda.

Aku perlukan petunjuk mu Ya Allah.

Natural


Harini kita upload lagu jela ye.

Rasa boring  sangat.

Rasa jiwa kosong.

Rasa tak boleh nak fikir apa2.

Rasa macam lost.

Macam-macam perasaan ada.

Be cool Anum ;)

Sesuatu Yang Berbeza


Takde apa yang lebih berharga bagi saya selain AWAK

Tak Cuba Kembali



Saat terindah bisa daku mulai terasa
Sempurna cintaku pada kamu tika ku bersama

*:
Kini tiada kau balas cintaku dengan dusta
Percuma cintaku pada kamu sungguh ku tersiksa
Tapi ku coba mengerti dan ku coba untuk fahami
Lewat semua waktu ku untuk dirimu

**:
Maafkan lah pinta ku begitu
Tak berdaya tak mampu menjaga cintamu
Hapuskanlah setulus kau khianati usah pernah tangisi
Maaf sejuta kata ku takkan coba kembali

[Ulang *]

[Ulang **]

Woo wo wooh woo hoo..

[Ulang **]

Woo wo wooh woo hoo..
Ku takkan sesali
Woo wo wooh woo hoo..
Ku takkan coba kembali

Petunjuk

Salam Jumaat.

Sebenarnya banyak kerja.

Tapi rasa stuck.

Tak boleh nak fikir pasal kerja.

Rasa macam sedih gila.

Apa masalah tak perlu tahu la kot.

Tak perlu share kat sini.

Adakah ini yang terbaik antara kami ?

Wallahualam.

Semoga aku sentiasa kuat dengan dugaan yang telah di beri.

Khamis

Assalamualaikum

Morning alls.

Keje dah beratur menunggu untuk di pegang.

Cuma nak selit sikit.

Rasa bahagia bila di hargai

Tak minta banyak pun,

Tak minta balasan apa pun,

Cuma nak pesan kat kawan- kawan kita.

Sebelum ada niat nak bahagia kan orang yang kita sayang,

Apa kata bahagia kan diri sendiri.

Especially untuk ibu sendiri.

I miss my mom.

Okey la. Tak mau sedih2.

Ingat sikit, tahun baru ni banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Apa pun dugaan hadapi nya dengan tenang.

Insyallah. Allah Taala tu ada di mana-mana.

Tadi malam balik kerja rasa lapa.

So masak yang ringan- ringan jela.

Meehoon goreng kampung. Simple je, janji kenyang. Alhamdullilah.

Tak boleh makan nasi, maklum la.

Usaha untuk Diet tengah membuak buak.

Ahahahah. Tak bole blah.

Biarla kan, janji ada niat yang baik dan tak menyusahkan org lain.

Tipu la, kalau perempuan yang belum kawin tak suka jaga badan.

Termasuk la aku, cuba yang terbaik.

I know i can do it.

Model to be. Ewahhhh. Career taknak kalah.

Hohoho. Gurau je

Apa pun career aku, yang penting halal di sisi maha pencipta.

Setiap kejadian dan ciptaan nya semua indah belaka.

Alhamdullilah.





Emosi Petang

Bila boring + Sedih + Bosan + Gila = jawapannya upload lagu berkait dengan hati.



Jika kehadiran ku hanya

Menyakitkan mu

Menyedihkan mu

Memalukan mu

Mengecewakan mu

Beritahu aku, agar aku mem BAHAGIA kan mu.

Dengan MENJAUH dari mu.


KEHIDUPAN 2013

Assalamualaikum

Morning my dearest stalker.

Rasa nak share something pagi-pagi ni.

Tapi bila nak taip rasa nya tak berdaya nak story.

Bila rasa down blog ni la peneman setia aku.

Tapi bila dah buka blog tak tahu nak updated apa.

Termenung, then tutup balik blog ni.

Ada masa-masa yang aku rasa aku rajin , sebab aku nak sangat share kat blog ni.

Nak share pasal life Style 2013 aku.

Actually nak tanya apa azam aku ?

Nak mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat hendaknya.

Sentuh pasal KEHIDUPAN

First pasal MY FAMILY

So far alhamdullilah, adik-adik pun dah start masuk sekolah.

Apa yang mampu aku dapat tolong tak la banyak.

At least dapat ringan kan ibu and adik-adik selesa dengan apa yang dieorang pakai.

Pesanan dari Ahkak pada adik-adik, " Belajar la rajin-rajin, balas jasa ibu dan ayah., cukup lah dengan belajar pandai- pandai, kaknum tak minta apa-apa pun balasan. Cukup la Allah Taala bagi rezeki yang halal dan dapatlah kita kongsi bersama."

Walaupun aku jarang balik kampung, tak bermakna aku lupakan keluarga, tapi aku lebih selesa disini dan mengharungi liku-liku hidup.

Dugaan dan cabaran hidup kadang-kadang mendewasakan aku.

Lebih-lebih lagi duduk dekat Kuala Lumpur,

Tanpa kawalan parents. Semuanya independent. Yang penting percaya ada nya Allah. Insyallah kita sentiasa dilindungi.

Rasanya dah dekat 3 tahun aku bawak diri. HAHA. bukan frust, tapi nak dapat yang lebih baik dari sebelum ni. Insyallah.

Second pasal MY CARRIER

So far lately ni start awal tahun kan, banyak sangat kerja.

Tapi bahagi2 kan masa mana yang penting kita dahulukan.

Belajar sesuatu yang baru sangat lah best, walaupun pada mula nya agak sukar untuk aku follow.

Dapat tengok gelagat dan perangai customer pun rasa macam seronok sangat.

Yang baik kita follow, yang tak baik jauhkan la ye. kita dah besar, so boleh nilai sendiri.

Banyak sangat perkara aku belajar, dari segi hidup diaorang, kaedah pengurusan diaorang, matlamat diaorang.

Ye, aku percaya, bukan senang nak jadi senang, dan bukan susah nak jadi senang.

Orang kata, perlahan-lahan kayuh, janji selamat hingga ke penghujungnya,

Aku harap dengan kerjaya yang aku tak pilih ni dapatlah ilmu yang boleh digunakan kelak.

Walaupun tak banyak, tapi at least ada la jugak perancangan yang terbaik untuk masa depan aku.

Lagipun menjadi harapan keluarga adalah tugas yang paling berat harus aku pikul.

Aku percaya, amanah ALLAH yang telah diberikan kepada aku.

Aku harap juga, dengan kerjaya yang sekarang ni, terutama keluarga aku dapat menikmati bersama hasilnya.

Semoga aku diberi kesihatan dan umur yang panjang disamping keluarga yang aku sayang.

Last rasanya pasal PERASAAN

Berkait la jugak pasal cinta la kot.

Kadang rasa bahagia.

Kadang rasa sakit.

Kadang rasa kecewa.

Sampai satu tahap malas dah nak fikir.

Tak semua perkara yang kita nak kita akan dapat.

Aku faham tu semua lumrah dalam PERCINTAAN.

Ke aku terlalu awal untuk fikir kan nya ?

Entahla. Rasa nya Silent is Better.

Rasa tak nak ada perasaan tu, boleh ?

Itu semua adalah qada dan qadar tuhan.

Walaupun taknak terpaksa harungi.

Tak kisah la dengan cara apa aku atasi, aku harap aku diberi kekuatan untuk semua ni.

Orang kalau bujang lagi kalau tak fikir pasal benda ni rasa macam tak normal la pulak kan ?

So mari la kita sama-sama muhasabah diri sendiri.

Tak perlu la nak salahkan sesiapa dalam perkara ni.

Semua Ciptaan Allah Taala sempurna di matanya.

Okbye.







New Year

Assalamualaikum.

Cecepat hupdate sebab ahkak banyak kerja.

Harini takde ape pun yg beza, cuma rasa macam da berumur sangat tetiba.

Banyak benda nak fikir.

Lebih pada career la actually.

Tapi kadang2 personal life pun kena fikir.

Lupakan kejap masalah problem yang ada.

Okey la, no idea. Lets sambung kerja.

Bye dear.