:: Kesukaan ::

Assalamualaikum.

Selamat Hari berhujung minggu.

Selamat Bercuti juga.

Selamat semuanya.

Selamat berkerja juga pada yang tengah ada kat Office termasuk aku le tu.

Lately ni suka sangat dengar lagu OST dari Nora Elena.

HaHa.. Padahal aku dah ketinggalan zaman wei.



:: Jumaat Yang Indah ::

Assalamualaikum

Selamat Hari Jumaat.

Semoga Hari ni aku di kurnia kan rezeki yang melimpah ruah hendaknya.

Amin.

Actually hari ni aku kerja sorang. Ye i'm alone today.

So happy. HeHe.

By the way takde ape nak story pun.

Cuma ada sikit nak beritahu.

Rasa macam kesal or kecewa sikit hari ni.

Bagi aku lah kan. boleh tak jangan bagi harapan kalau tak dapat nak tunaikan?

Ye.. Aku boleh tak mengharap, tapi jangan bagi harapan apa2.

Paham tak apa maksud nya?

Tapi takpe, dah biasa, then tak berapa nak kisah sangat pun dah.

Ignore It.

Thanks A Lot Guys.

Bye2.

:: TNB Problem ::

Assalamualaikum

Nak cite Sikit Pasal TNB

Ye Tenaga Nasional Berhad

Tahu tak ?

Yang related dengan Electrical la

Oke. Dah Tahu.

By the way Last Week My Office Sokmo Black Out

Apa problem pun tak tahu.

Then Call TNB paksa suruh Check

Rupa2 nya Fius Utama diaorang Cabut

Oke. Aku boleh Accept because this is my fault.

Ignore je case tu.

Takpelah kan..aku pun pergi settle apa yang patut dengan TNB kat TH Selborn

Dah settle aku mintak lah diaorang sambung semula sebab urgent kan,

Then dieorang ignore lagi case aku, Hari yang sepatutnya dieorang sambung,

Dia tak sambung OKEY. Aku tunggu dari pukul 2.00 PM till 6.30 PM sampai lah opis Close.

Esok paginya before aku masuk opis, aku pergi lagi kat TH Selborn tu,

Aku just tanya elok2 then ada paksaan jugak lah berlaku kat situ,

Person Incharged suruh aku tunggu lepas Solat Jumaat dieorang akan pasang

Then aku Accept buat kali ke 2

Masa aku kuar lunch terserempak budak2 TNB

" Mesti dieorang dah sambung pasang kat office aku ni, Alhamdullilah"

Oke. Memang dah sambung, sampai2 office je Electric dah ada. Amin!

Then, Tomorrow, Masuk lagi office, Separuh Office Black Out,

Aku and Axla jadi Technican kejap.

Sambung2 wayar.

Tak puas hati, then serabut Kepala Hotak tengok wayar2 berpintal.

Elak aku mati terkujat je kena electric.

takpe, Mati syahid.. Eh! ye ke?

HaHaHa

Okey, then aku call Orang Wirering aku, dieorang dapat datang petang

Aku paksa dieorang datang awal

Padan Muka... Aku bukannya staff garang, tapi straight.. Ampun Ye...

Diorang datang then double check.

rupa2nya TNB buat TAIK kat Aku

Takpe2.. Siap  Kau nanti.

Sekarang aku dah tahu, kalau Short je apa problem nya.



Aku malas nak explained. Tapi aku akan Aim TNB. If aku check fius office aku ada orang change.

Siap..You Wait Me kat HQ TNB.

Buat kerja tu biar lambat, asal semuanya SELAMAT.

Kalau lambat bertindak on that day. Inallilah la kami semua yang ada kat office ni.

Nothing

Assalamualaikum

Boleh tak nak mengadu jap

Nak menangis jap je..

Kejap je..

T_______________T

Apa-apa pun nak Ucapkan Tahniah.

KBAI.

Continue Story

Assalamualaikum

Bhahaha..

Tetibe gelak bagai.

Macam suweet je kan?

Eh! Uolls,

Apa rasa diCINTAI dan menCINTAI ek?

T_________________________T

Geli tak Geli tak dengar?

Aku bukan lah pompuan yang jiwangand lemah lembut tau.

Seriously, now aku macam tak rasa pun aku ada couple. Bhahahaha.

Aku kan takde perasaan.

Nasib lah.

Tapi kan kalau uolls nak tahu, Aku ialah PENCINTA SETIA.... Muntah jap!

KBAI.

Wording

Assalamualaikum

Hidup kalau nak tenang, berkat and dirahmati,

Berdoa la selalu.. Minta pada ALLAH.

Jangan minta pada Mark Zukerberg.

What i means?

Paham sendiri sudah lah.

Bukan budak kecik lagi nak explained bagai.

Bila aku pikir balik kan? Apa guna aku ada FB ye?

Hurmmm. Tapi seriously,

Aku tak akan ADD orang,

Then REMOVE orang,

Then CONFIRM orang,

Lastly BLOCKED orang.

Aku rasa cukup lah dengan kawan2 yang aku ada sekarang ni.

Sekarang aku nak focus pada BLOGSPOT aku ni.

Walaupun jarang nak hupdate, tapi aku puas hati.

BELOG aku is CARA aku.

So please follow the rules.

Terima Kasih kalau ada SWEET STALKER kat FB mahupun MY BLOG.

Luve Uolls.

Bye2.

:: Susah dan Senang ::

Oke.. Nak story sikit

Apa beza KAYA dan MISKIN

Dalam Erti kata Lain

What's a different RICH and POOR

HaHa.. Macam Bodoh nak Speking Jugak!

Oke lah..Continue this topic.

Makna KAYA bagi aku :

Maknanya, bila dia kaya dia boleh buat apa saja yang dia nak dengan duit yang dia ada.

Contoh ? Banyak sangat nak list kan, korang pikir sendiri.

Aku bukan iri hati tapi, aku sentiasa Motivate diri aku sendiri,

Semua Kekayaan tu hanya Pinjaman sementara

Tu pun sebenarnya rezeki yang Allah bagi kat diaorang

Makna MISKIN bagi aku

Maknanya, bila kita miskin, kita terhad nak beli sesuatu yang kita inginkan,

Tapi percaya lah, korang akan dapat kalau rajin usaha, doa..

Aku dah buat, i means bukanlah aku miskin tegar,

Aku masih di label yang SEDERHANA

Bagi aku la kan, sebenarnya kita tak perlu ikut sangat apa orang pakai,

Kita pakai apa yang kita mampu,

Yela.. Kadang2 memang kita nak sangat kat sesuatau tu

Tapi take time

Dalam masa yang sama kita mesti usaha nak dapatkan benda tu

Walaupun makan tahun,

Yang penting SABAR tu perlu ada dalam diri kita.

Insyaallah.. Semoga Semua Ujian yang diberikan kita sama2 tempuh.

:: BLAH ::

Selamat Hari Malam

Hari ni takde ape nak story

Cuma rasa terlampau letih sangat kerja Bulan ni

Kenapa ek?

Eh korang, dah nak end of this month kan?

Wah.. Cepatnya masa berlari dengan Laju

Aku still macam ni.

Kerja, Then balik tido

Hurmmmm.. Takde Life rasenya

Tapi perlu ke ? kalau ada Life sangat pun susah.

Entah lah.. aku bukan nak mintak apa2 balasan pun

Cuma kalau kita dah banyak korbankan masa and tenaga,

Minta lah di appreciate.

Bukan nya nak mengeluh or Luahan perasaan.

Tapi untuk tenangkan hati sendiri

Aku tahu, tak semua manusia sempurna

Tapi nak jadi sempurna sangat pun tak boleh

Bak kata orang ape ?

Practice Make Perfect!

Tapi macam mana pun aku masih selesa dengan keadaan aku sekarang

Cuma kalau boleh nak kena usaha lebih lagi

Semua ni di atas pendirian masing2

Lain2 orang lain ragam nya, perangainya,

Penat asyik nak paham orang

Tak semua orang boleh accept apa yang kita cakap.

Kata orang sabar tu separuh daripada IMAN.

Yeah IMAN!

:: Kenangan Memory ::











Gambar2 kat atas ni semua officemate yang aku sayang. Semua dah jadi kenangan. Semua dah bawak haluan masing2. Semua dah berjaya dan kaya. T____________________T Semua dah meninggalkan kami. Semua........ Eh sengal ape hal banyak sangat semua?

Semua tinggal kenangan dalam ertikata lain is memory la..Sekarang kami tinggal berdua.

T______________________________________________________________________________T

:: Button Hotz ::

Selamat Hari Sabtu uolls

Hari ni aku kerja sebab kena conduct  satu event

Btw  Training dijangka start pada pukul 8.30 pagi

Tapi aku je sampai opis pukul 8.30

So caner tu ?

Oke..Side aku tak lah teruk sangat

sebab semalam aku drag kat opis dekat kol 11 malam

semua gara2 event today

Yeah.. aku sorang wakil management conduct benda alah ni

nasib baik la ada fasi2 yang membantu.

Thank Uolls

Ok.. Story yang sebenarnya ialah aku BENGANG dengan site Katering.

Aku taknak tahu apa masalah yang sampaikan katering  FAILED!

Nak kata makanan sedap? Bolehla.

Nak kata service baguih..Puihhh.

Nak kata ontime datang? Ya Allah

Aku janji breakfast pukul 9.00 pagi , lunch 1 tengahari ,

haaaaa.. yang minum petang ni aku janji pukul 3..

Still tak sampai lagi.

Aku tahulah katering kau jauh.

Tapi benda semua tu kau boleh buat preparation awal kot.

Eh Bro!! bukan 9 orang tau.. Tapi 90 orang.

Nasib baik la aku cool, ikutkan hati memang nak sound je

Tapi Orang tua kan

Aku mulut je jahat

Tapi hati baik.. Puihh.

Then lagi satu, Moral of value is.. Kalau kau tak boleh buat, Tak larat,

Inform aku awal2..

No hal. Aku boleh settle cara lain.

Its Ok Thanks

Bye.


Speaking!

People cry, not because they're weak, it's because they've been strong for too long

i miss how happy i was with you

relationships are like crystals you dont realize how much you love it until breaks
i love it when  you make me smile without trying

god has a reson for allowing  things to happen . we may never understand his wisdom but we simply have to trust his will

sick of crying tired of trying yeah i am smiling  but inside dying


Orang menangis, bukan kerana mereka tidak lemah, ia adalah kerana mereka telah kukuh terlalu lama terlepas berapa gembira  dengan anda

hubungan adalah seperti kristal kita tidak sedar berapa banyak yang kita terlampau suka sehingga menjadi duka

saya sayang bila dia membuat saya tersenyum tanpa di paksa

 Allah mempunyai sebab untuk membenarkan perkara yang perlu berlaku. kita mungkin tidak memahami kebijaksanaan beliau tetapi kita hanya perlu mempercayai akan dia

sakit sangat nangis letih sangat mencuba tapi tersenyum tetapi di dalam mati

Entah Apa2

Selamat Hari Rabu

hari ini genap 21 tahun 1 bulan umur aku.T__________T

chomel ke?

By the way takde apa sangat nak hupdate cuma ada banyak cita

Tapi malas nak type.

Esok cite boleh?

Bye2.

Then Nasi Ayam



Bahan Utk Nasi:

4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia…yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega ~

Bahan Untuk Ayam:-

1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

Bahan Untuk Sup:-

air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu – sy tak letak
1 sudu besar serbuk lada sulah

Bahan Untuk Cili

10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)

Bahan Untuk Kicap:-

5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

Bahan Hiasan

tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara2:-

Mula2 buat air rebusan ayam…(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan…kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi

Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain…kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama…agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-

Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan…cara penyediaan…timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
 



Try Nasi Lemak



Berikut adalah tips untuk membuat sambal kita menjadi enak.

1.  Jangan mengunakan cili boh atau cili giling tersedia kerana bahan pengawetnya akan memcacat rasa. Gunalah cili kering yang dikisar sendiri.

2.  Gunakan banyak bawang besar kerana ia akan mengurangkan kepedasan dan menambah manis secara semulajadi.

3.  Semasa menumis cili dan bawang besar pastikan pastikan ia benar-benar masak atau naik minyak sehingga mengeluarkan bau tumisan yang harum.

4. Imbangi rasa sambal anda dengan meletakkan sedikit asam keping atau air asam jawa. Jangan terlalu banyak kerana rasa masam yang keterlaluan akan mencacatkan rasa sambal anda.

5. Jika suka boleh tambah belacan untuk menambah rasa lemak atau kisarkan ikan bilis dan udang kering sebagai bahan campuran tumisan anda. Untuk lebih enak tambahkan ikan bilis yang telah di goreng dan tumbuk separa hancur untuk dimasukkan di dalam sambal. Semasa menghidang sambal jangan kedekut untuk taburkan ikan bilis goreng di atas sambal untuk mengekalkan kerangupannya.

6. Sesuaikan rasa garam, gula dan sedikit masam pada sambal. Boleh tambah serbuk perasa jika anda suka kerana ia akan menambah kelazatannya. Jika anda tidak suka pastikan ikan bilis atau udang kering diletakkan lebih sedikit pada sambal.

Resepi Nasi Lemak
Bahan untuk nasi;
3 cawan beras
1 cawan santan
3 cawan air ( anggaran saja – kadar air ikut jenis beras yang anda guna, boleh tambah jika di perlukan)
3 hiris halia
1 helai daun pandan
3 ulas bawang merah ( di hiris)
sedikit garam
Cara-caranya
* Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
Bahan Untuk Sambal;
6 sudu besar cili giling
3 biji bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 biji bawang besar – 1 biji bawang ditumbuk dan 1 biji bawang besar hiris
segenggam ikan bilis ( sebahagian di tumbuk, sebahagian lagi di goreng )
sedikit air asam jawa
sedikit belacan jika suka
sedikit garam, gula dan perasa
Cara membuat sambal;
  1. Tumis cili giling, bawang merah, bawang besar, bawang  putih, ikan bilis dan  belacan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
  3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng.
Bahan sampingan lain;
ikan bilis goreng
timun – dihiris
kacang tanah
telur rebus
Selamat mencuba!

Fun!

Assalamualaikum

Oh mai God

I miss my Belog sepot

Hahaha.. Giler Java aku kuar

Oke. firstly nak kabo yang aku tak rajin nak type belog

tapi serius aku rajin mem blogwalking belog orang

First..first..First is belog kasihaleeya.blogspot.com.

Yeahh..tak bosan tau baca then ssatu hari lebih 10 kali aku view

patulah rating dia naik..hew.hew.hew.

Tapi takpe..aku kena belajar semua tu.

Motif aku ada belog sebenarnya bukan lah nak popular

Tapi just for Fun

Yeahhh..Just For Fun. not Moody sokmo..orang nak tegur pun takut

Ada ke rupa aku macam singa perempuan??OMG.

No ok.macam pompuan MITHALI ada la.

Puihh

Perasan...Fullstop.

Motif  hupdate sebab apa sebenarnya?

Sebab Borink + Tired then Malasssssss

So is solution is Silent is better.

ByeBye.

::Differnt:::

Uolls

now musim hujan ae?

Oh.. maybe khatulistiwa sekarang memang macam ni kan.

Hujan kan Rahmat

Hujan bising, Panas pun bising.

Manusia tak perasan yang setiap kejadian ada hikmah semuanya.

Kalau yang tahu buat research kenapa Hujan dan Panas tu perlu ada kat Muka Bumi ni Alhamdullilah.

By the way, aku bukan lah saintis or pakar kaji cuaca or Bomoh and something like this la.

Aku cuma perasan tentang sikap segelintir manusia la..termasuk sikap aku sendiri

Ada banyak kebaikan kalau panas dan hujan sebenarnya, cuma kita je tak perasan,

Apa pun.. Alhamdullilah aku dan family masih berpijak di bumi yang nyata.

AMIN.

::Kata Hati::

Assalamualaikum.

Hello.

Apa kabar?

Ye..Ye..Ye..

Saya sihat, semua harap2 sihat ye.

Hurmm..tak tahu nak update apa.

No idea..Tired everytime, tak tahu nape

Dah lama tak rasa cuti yang panjang

Sebab banyak kerja.

Macam mana nak jadi orang yang berjaya kalau kita asyik malas je ye?

Oh oke..Perasaan nak berjaya tu ada..cuma kena berusaha banyak sikit.

By the way Jangan cemburu dengan kejayaan orang and kekayaan or kesenangan orang lain.

Tak Baik..Yeahh sangat tak baik..

Aku gembira kalau dapat sesuatu atas usaha dan kerja keras aku sendiri.

Usaha..Usaha..Usaha..

I love My Family.


:::Plus Mines:::

Tak tahu la harini macam bengong semacam

Macam rasa bosan, boring, tension

Entahlah..

Work then work

Alhamdullilah..Panjang umur

Ok la..entri macam bodoh sengal.

Bye

::Rojak:Campur ::

Morning

Buang tebiat hupdate pepagi buta

Orang dah sibuk tido mimpi sampai mengences..hahaha

aku tak boleh tido sebab entahlah

golek2 pun still takleh tido..

Sebab tak biasa tido atas tilam 9 inchi kot..

hahaha..yela..sebelum ni tido kat atas toto nipis jerp

Esok member rapat aku menikah..

Wahh..dalam di lema aku..tak tau nak pergi macam mana..BLUR!

takpela..kalau takde rezeki aku doakan dari jauh jela ae Mas

Semoga bahagia sampai ke akhirnya..Amin.

2 hari lepas BB aku dah jual..

Sedih sangat..banyak wooo memori dengan BB tu..

takpe..ada rezeki nak beli Iphone 4..Puihhhh.

berangan dulu takpe kan..janji impian tu dah ada..cuma usaha lebih sikit je..Amin

By the way my brother dah start kerja kat KL..

Alhamdullilah..lega my mom..

aku bukan nya apa..tak nak dia campur  dengan budak2 Simpang tu..

Cukup2 lah apa yang sebelum ni dah jadi..Harap dia berubah la..

Oh ye..sedar tak sedar dah abes bulan 2 la kan..

OhEmGee...cepatnya masa berlalu..

Aku lately ni sokmo sibuk kerja.

tapi takdelah sampai lupa family.

Insyallah kalau ada masa nanti aku balik lah kampung.

okelah..bebila aku continue hupdate.

Morning uolls..