Share Story Hari Rabu

Assalamualaikum

Hai Selamat Pagi,.

Awal pulak updated blog kan ?

Rajin la pulok.

Oh ye, kita pakai baju kurung harini, terasa macam hari Jumaat la pulak.

Rasa macam lepas ni nak maintain pakai baju kurung,

Ehem. rasa jela, nak menunaikan nya tu entah bila. Insha Allah. Doakan ye.

Then, kita baru lepas tengok cerita Teduhan Kasih Episod 24.

Haih la, makin excited pulak nak tunggu ending dia macam mana.

Semua tu relaiti hidup kot.

Banyak je berlaku kat luar.

Manusia yang tak pernah putus asa nak jatuhkan orang lain dari pelbagai sudut.

dah dendam kan ? macam2 boleh buat.

Ya Allah, jauhkan aku dan keluarga ku daripada orang2 macam ni.

Then bila buat benda jahat ni biasala, ramai yang mengikutnya kan ?

Lain pulak dengan orang yang baik sangat hati dia.

Walaupun banyak sangat ujian dengan dugaan, dari kecil sampai la ke besar, still sabar.

Sabar. dan tabah.

Kuat nya orang2 ni datang pun sebab dia selalu mendekatkan diri dengan Allah Taala.

Pada pandangan mata kasar memang dia nampak kuat.

Kadang dalam hati hanya Tuhan je tahu sekuat mana orang tu kan ?

Anyway, bagus sebenarnya ada story macam ni.

Walaupun kita tak berkesempatan nak tengok kat rumah, and kita adalah manusia yang terlambat tahu cerita pasal ni.

Tapi kita download and tengok kat Tonton. Best sangat ceritanya.

Banyak pengajaran yang boleh kita ambil.

Okey la nak share lagu background dia.

Sedap. From Hyperact kalau tak silap.

Last, Semoga kita sentiasa dikurniakan hati yang suci dan selalu kuat dengan dugaan yang akan datang.

Amin.



Borak Kosong

Assalamualaikum

Selamat petang kawan-kawan.

Kita dah nak balik kerja.

Settle kerja by today.

Takde apa sangat nak share story.

Sebab lately ni agak sibuk dengan closing product lama.

And kita dah start trading kan ?

Totally berubah hoii.

Agak lambat nak ketchup, tapi takpe, berhati2 lebih kalau nak buat sesuatu yang baru.

Tapi rasa best sibuk, sebab tak perasan sangat masa nak balik.

Lagi satu rasa, cepatnya la masa berlalu kan ?

Nak puasa dah kan ?

Lepas tu raya.

Banyak sangat perkara berlaku bulan ni.

Harap sangat kita kuat and tabah nak teruskan hidup. Insyaallah.

Oh ye, iphone problem lama dah.

Malas nak repair.

Orang kata penting kot gadget ni.

Tapi ada aku kesah ?

Rasa tenang kejap.

Tapi macam dah biasa hidup tanpa phone.

Kalau ada masa and mood baru nak betulkan phone tu.

Life sekarang ?

Lebih pada bawak diri orang kata.

I need ketenangan.

Nak tenang sangat kan ?

Mengadu pada ALLAH and minta petunjuk NYA.

Okey, gambar latest takde nak share.

Share lagu je aci tak ?

Layan sebelum balik kerja.

Okey Bye.




Ramadhan lagi

Assalamualaikum

Kan kita tengah nak ganti puasa last year kan ?

Bawah ni kita sertakan niat nya.

Lafaz niat tersebut:-

 نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala


Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa
doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa
doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Untuk rujukan diri sendiri yang kadang-kadang terlupa.




Maklum la, sekolah agama dah lama tinggalkan.

Tapi Agama tu tetap ada okey.

Nanti kalau rajin kita upload apa yang kita sahur and buka ye ;)


Selasa blues

Assalamualaikum

Lama tak jengah blog ni.

Today kita puasa, ganti puasa.

Padahal Ramadhan dah tak lama lagi.

Tak sabarnya nak sambut Ramadhan ;)

Tadi pagi just sahur maggi and air suam. Alhamdullilah kenyang.

Balik ni je teringin nak minum air tebu and sambal tempoyak ? eiyuuuu. tapi sedap.

Ahaha. baru sehari puasa dah gedik request macam2.

Tapi sebenarnya takdela taksub sangat pun.

Oh ye, now emosi macam tak bape nak stabil. Why? Entahla. Nothing.

Haishhhh. Boring nya kat office now takde kerja langsung.

Cuma semalam study pasal new product.

Today courier barang. tu je ?

Okeyla. mood tak okey sangat. Jom layan perasaan jap.

Favourite lagu sekarang ;)

Rabu Again

Assalamualaikum

Hopefully semua sihat la ye.

Kita baru masuk keja ni.

Cuti dari Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa.

Ada perkara yang kena uruskan.

Alhamdullilah.

Thanks Allah atas rezeki, ujian dan dugaan yang telah kau berikan.

Percaya la pada yang Maha Kaya dan Maha Mengetahui,

sebab DIA la yang jadikan perancangan semua nya smooth dan lancar.

Alhamdulliah.

Today kerja tak banyak, still tunggu Boss masuk, kata nya nak jumpa .

Oh ye, kita dah pindah rumah.

Hopefully semua nya okey.

Try be independent.

tadi pagi keluar rumah awal dah, sekali sampai office card tertinggal dalam office la pulok.

terpaksa la tunggu staff lain sampai baru boleh masuk office.

Then kita open office and keluar breakfast.

Okey la. lets buat kerja.