Hai Selamat Pagi,.
Awal pulak updated blog kan ?
Rajin la pulok.
Oh ye, kita pakai baju kurung harini, terasa macam hari Jumaat la pulak.
Rasa macam lepas ni nak maintain pakai baju kurung,
Ehem. rasa jela, nak menunaikan nya tu entah bila. Insha Allah. Doakan ye.
Then, kita baru lepas tengok cerita Teduhan Kasih Episod 24.
Haih la, makin excited pulak nak tunggu ending dia macam mana.
Semua tu relaiti hidup kot.
Banyak je berlaku kat luar.
Manusia yang tak pernah putus asa nak jatuhkan orang lain dari pelbagai sudut.
dah dendam kan ? macam2 boleh buat.
Ya Allah, jauhkan aku dan keluarga ku daripada orang2 macam ni.
Then bila buat benda jahat ni biasala, ramai yang mengikutnya kan ?
Lain pulak dengan orang yang baik sangat hati dia.
Walaupun banyak sangat ujian dengan dugaan, dari kecil sampai la ke besar, still sabar.
Sabar. dan tabah.
Kuat nya orang2 ni datang pun sebab dia selalu mendekatkan diri dengan Allah Taala.
Pada pandangan mata kasar memang dia nampak kuat.
Kadang dalam hati hanya Tuhan je tahu sekuat mana orang tu kan ?
Anyway, bagus sebenarnya ada story macam ni.
Walaupun kita tak berkesempatan nak tengok kat rumah, and kita adalah manusia yang terlambat tahu cerita pasal ni.
Tapi kita download and tengok kat Tonton. Best sangat ceritanya.
Banyak pengajaran yang boleh kita ambil.
Okey la nak share lagu background dia.
Sedap. From Hyperact kalau tak silap.
Last, Semoga kita sentiasa dikurniakan hati yang suci dan selalu kuat dengan dugaan yang akan datang.
Amin.
No comments:
Post a Comment