Raya 2013

Assalamualaikum

Cerita Raya saya ?  baru sekarang ada mood nak share ?

raya dah nak habis pun.

Takpe, alang2 dah niat tu meh kita share.

Gambar harap maklum.

Ada capture pakai dslr, tapi tak larat nak resize.

So kita story je la ye.

First, cuti raya company bagi 2 minggu.

Rezeki raya tahun ni ? Alhamdullilah. boleh kongsi dengan family, sedara mara, atok dan nenek.

Cuti memang 2 minggu kan ? tapi ada kat Johor seminggu je,

sebab ada keje kena settlekan dekat KL before balik Johor.

Seminggu kat kampung apa kita buat ?

Tak buat apa pun,

Sampai Johor sehari before raya, sampai pun dah tengahari, akak and ibu ambil kat kluang.

Before buka terus shoot balik Muar,

Kat Muar dari malam raya sampai la ke syawal ke 4 tak silap.

Pun tak bergerak ke mana, layan tetamu datang rumah atok je and attend open house cousin.

Cuma 1 syawal lepas sembahyang raya ke kubur arwah atok lelaki. Al-fatihah.

Then beraya rumah kawan sekolah ibu.

Lepas hantar ibu balik, beraya sampai ke malam rumah kawan abang sedara, kakak, and cousin.

Pagi Syawal ke 4 balik SR sebab masa tu plan nak beraya dengan kawan2, tapi takde rezeki sebab sampai pun dah petang kan ?

So sampai SR shoot terus ke Kampung nenek belah ayah pulak.

Tak sempat jugak jumpa sedara mara,

Tapi ada la certain sedara datang rumah SR malam tu,

Ibu jamu kuih raya je. sebab tak sempat nak masak2.

Then malam tu beraya ke kampuang kat Batu Pahat.

Around pukul 10 balik dah rumah.

Masing2 kepenatan. tapi seronok ;)

Ayah drive, alhamdullilah jalan tak jem pun, lagipun lalu kampung kan ?

Dari Simpang ke Machap, straight Air Hitam, then straight lalu rumah lama kat Parit Raja Batu Pahat. then sampai la kat kampung Atok and nenek sedara.

Nak dijadikan cerita,

Isnin adik kita ada kelas tambahan untuk budak upsr kat sekolah.

Kata nya nak beraya dengan kawan2 and cikgu sekolah.

tengahari ibu masa tengah masak,dapat call adik excident.

Ya Allah. Terima Kasih  atas ujian dan dugaan ini.

Ye, teruk, hantar ke klinik kesihatan SR, yang boleh tahan service nya slow !

Kita tak masuk wad kecemasan.

Sebab tak sampai hati nak tengok, padahal takut.

Tengok ibu dah menangis kat luar bilik kecemasan.

lagi la kita cemas kan ?

Takpe, sabar dulu, siap cuci luka adik ambulans sampai. pun proses nak transfer ke ambulans, masyallah, subhanallah, slowwwwww sangat !

Ye, kita still sabar.

adalah sejam 1/2 jugak menunggu nak di bawa ke hospital.

takpe, masih bersabar.

then ambulans gerak ke Hospital Baru Kluang, Jalan nak ke Mersing pulak tu.

Hoiiii, punya la jauh.. masih bersabar.

Tapi ibu gerak dah dengan ambulans, di ikuti adik lelaki dengan kakak.

kita tunggu kat rumah dengan adik no 7, sambil tunggu ayah yang tak dapat dihubungi.

Ayah balik, HB pun sampai jugak, and adik no 5 pun baru sampai dari kampung.

So jom la kita gerak ke Kluang.

Oh ye, plan balik KL HB memang ambil, so terpaksa delay sehari.

Kelam kabut nak ke Hospital, so tak menyempat HB matikan enjin kereta, shoot terus ke Hospital.

Kesian HB penat drive non stop dari KL, Thanks A Lot HB ;)

Sampai Hospital, ayah and kita & HB naik ward,

Oh ye, kita still berani kan diri naik and melihat adik yang excident tu.

Subhanallah, muka separuh koyak habis, nampak daging, hidung tengah2 berlubang, kaki tangan memang luka teruk (sila bayangkan sendiri ) bengkak habis muka. kesian, sedih, semua perasaan ada.

Bila teringat balik rasa macam syahdu pun ada,

Raya2 kami sekeluarga di beri ujian.

Alhamdullilah. Kami terpilih untuk terima ujian dari Allah Taala. sila muhasabah diri ye Anum.

Adik kena tahan 1 malam kat wad sebab nak x-ray organ dalaman takut ada gegaran otak sebab bahagian kepala sensitif.

Yela, jatuh dengan tak pakai helmet. Oh anyway adik ni tak berapa expert bawak motor, tak pakai helmet, and bawa kawan juga, kawan dia just terkehel tangan dan kaki, dapat rawatan peasakit luar.
tapi adik kita yang teruk, sebab dia yang bawa kan?

IBU lah yang teman adik semalaman  kat Hospital. takde sape pun teman ibu termasuk lah kita adik beradik. IBU kita kuat and tabah. Sayang IBU sangat-sangat. Ayah pun balik.

Esok nya adik dah boleh keluar sebab doktor cakap x-ray dalaman semua okey. Alhamdullilah again Allah. S.W.T.

Still tak sanggup nak tengok sangat, serius, kesian sangat, muka dia cantik ;)

Serius, malam sebelum kejadian adik mention, muka dia macam KOREA ;)

Layankan jela,, budak-budak sangat kan ?

See. Allah nak tarik balik nikmat tu sekejap je kan ? Subhanallah.

Then ibu masak2 la jugak, sebab malam tu kita dah kena gerak balik KL sebab Isnin dah kerja kan ?

Kesian ibu penat, tak boleh nak tidur kat ward sebab tak selesa dikelilingi orang2 sakit, especially adik la kan ?

Alhamdullilah, call ibu last week, adik dah start pergi sekolah walaupun dalam keadan berbalut muka nya ;)

Semangat nak UPSR kan. lagipun gerak gempur dah start kan ?

Be strong Emilia Farhana.

Jap lagi kita attach gambar dia ye. (adik perempuan yang tengah2 tak pakai vase merah tu, yang paling tinggi tu)



Picture semua ni ambil masa Abang sedara tunang.

Ingat nak buat entri tu, tapi macam malas.

Tunggu kalau rajin nanti ye.

Okey la, rasa macam banyak pulak share,

nanti continue lagi ye.

Ok Bye.


Jumaat Akhir Ramadhan (Sembang)

Assalamualaikum

Salam Jumaat

Salam Penghujung Ramadhan.

Haritu Nuzul Al-Quran pun jatuh hari jumaat,

Niat hati nak la updated, tapi tangguh and takde mood terus nak updated.

Selamat datang bulan Ogos, bulan kemerdekaan, bulan kebebasan.

Bebas dari segi apa tu ? terpulang la dari segi mana pun.

Lets continue story.

Puasa. Macam biasa, terawih je dah slow sikit. Tapi tadi malam sempat la jugak dengar ceramah pasal malam lalilatulqadar, tapi kita ? Ala kadar je kan ? Buka puasa pun still masak.
Puasa tahun ni macam mana perasaan kita ? Apa beza dengan tahun lepas ?Ye, banyak sangat perbezaan nya. Yang lepas biarkan lepas, nak maju kena pandang depan, tak boleh dah toleh belakang lagi.

Kerja. Pun macam biasa.balik kerja, pergi kerja pun macam biasa, hadap jem. Dulu duduk KL pun jem, now duduk Selangor pun bertambah tambah jem. Stress ? Dah biasa sangat. Oh ye, sekarang kerja serius tak banyak, masuk office, check stock product, settle updated then blogwalking sampai pening kepala tengok PC ni. berpinau mata.

Diri sendiri.Kehidupan sekarang ? lagi la biasa-biasa je. kejap kurus kejap gemuk. HAHAHA. Puasa ni okey sikit la, maintain. Alhamdullilah. Kadang-kadang happy, kadang-kadang biasa la, sedih. Lumrah lah kan ? Kata nak belajar erti kehidupan. Tapi positif la kan ? Ada hikmah setiap apa yang berlaku. Setiap orang akan terima ujian hidup. Tabah or tak je. Strong or not ?

oh ye, di kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf kalau ada terkasar bahasa, terkurang , terlebih, minta halalkan dunia dan akhirat ye. Nak balik kampung tu jangan seronok sangat. Memang la raya setahun sekali. Tapi kena ingat jugak nyawa tu takde beli kat kedai. Kita cuti raya 2 minggu. Lama gila. Perli ke apa boss ni. tapi apa pun harap-harap raya ni lebih bermakna dari tahun-tahun lepas. Tapi tak semestinya Raya tahun lepas tak bermakna. Setiap kehidupan memang banyak kenangan kan ? Tak boleh nak tipu diri sendiri. Semoga kawan-kawan semua bahagia dunia akhirat.
Kita ikhlas doakan kehidupan orang lain. Pahala dan ganjaran Allah Taala punya kerja.
Kita yang insan hina lagi kerdil ni tak payah la sibukkan diri nak jadi Tuhan. Suka-suka nak hukum orang lain. Jadi Hamba je cukup la kan.

Ok bye.