Assalamualaikum
Salam Jumaat
Salam Penghujung Ramadhan.
Haritu Nuzul Al-Quran pun jatuh hari jumaat,
Niat hati nak la updated, tapi tangguh and takde mood terus nak updated.
Selamat datang bulan Ogos, bulan kemerdekaan, bulan kebebasan.
Bebas dari segi apa tu ? terpulang la dari segi mana pun.
Lets continue story.
Puasa. Macam biasa, terawih je dah slow sikit. Tapi tadi malam sempat la jugak dengar ceramah pasal malam lalilatulqadar, tapi kita ? Ala kadar je kan ? Buka puasa pun still masak.
Puasa tahun ni macam mana perasaan kita ? Apa beza dengan tahun lepas ?Ye, banyak sangat perbezaan nya. Yang lepas biarkan lepas, nak maju kena pandang depan, tak boleh dah toleh belakang lagi.
Kerja. Pun macam biasa.balik kerja, pergi kerja pun macam biasa, hadap jem. Dulu duduk KL pun jem, now duduk Selangor pun bertambah tambah jem. Stress ? Dah biasa sangat. Oh ye, sekarang kerja serius tak banyak, masuk office, check stock product, settle updated then blogwalking sampai pening kepala tengok PC ni. berpinau mata.
Diri sendiri.Kehidupan sekarang ? lagi la biasa-biasa je. kejap kurus kejap gemuk. HAHAHA. Puasa ni okey sikit la, maintain. Alhamdullilah. Kadang-kadang happy, kadang-kadang biasa la, sedih. Lumrah lah kan ? Kata nak belajar erti kehidupan. Tapi positif la kan ? Ada hikmah setiap apa yang berlaku. Setiap orang akan terima ujian hidup. Tabah or tak je. Strong or not ?
oh ye, di kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf kalau ada terkasar bahasa, terkurang , terlebih, minta halalkan dunia dan akhirat ye. Nak balik kampung tu jangan seronok sangat. Memang la raya setahun sekali. Tapi kena ingat jugak nyawa tu takde beli kat kedai. Kita cuti raya 2 minggu. Lama gila. Perli ke apa boss ni. tapi apa pun harap-harap raya ni lebih bermakna dari tahun-tahun lepas. Tapi tak semestinya Raya tahun lepas tak bermakna. Setiap kehidupan memang banyak kenangan kan ? Tak boleh nak tipu diri sendiri. Semoga kawan-kawan semua bahagia dunia akhirat.
Kita ikhlas doakan kehidupan orang lain. Pahala dan ganjaran Allah Taala punya kerja.
Kita yang insan hina lagi kerdil ni tak payah la sibukkan diri nak jadi Tuhan. Suka-suka nak hukum orang lain. Jadi Hamba je cukup la kan.
Ok bye.
No comments:
Post a Comment