Note To My Self

Assalamulaikum

Selamat Pagi.

Monday feel happy sebab banyak ujian yang terpaksa di hadapi.

Alhamdullilah.

Rasa macam nak share quote of the days.

Bagaimana nak melayan orang yang jahil ? Lebih kurang macam orang yang selalu rasa tak puas hati dengan diri sendiri. At last dengki kat orang lain.

Cara dia ?

Apabila orang bodoh ajak kita bertelagah atau bertengkar,dengan kita, maka sikap yang terbaik adalah DIAM. Tidak perlu melayan. Nanti dia akan penat dan diam dengan sendirinya.

Kalau kita melayan, maka kita akan susah sendiri, Dan bila kita berkawan dengan nya, dia akan selalu menyakiti hati kita ;)

Sikap DIAM terhadap orang yang bodoh adalah satu kemuliaan, Begitu pula diam untuk menjaga kehormatan adalah suatu kebaikan.

Pernah dengar tak ayat ni ?

Adakah seekor singa itu digeruni kerana sifat nya yang pendiam lantaran ia jadi pendiam, tetapi seekor anjing sentiasa di buat permainan kerana sifatnya yang suka mengonggong ?


Happy of the day.

Note untuk diri sendiri.

Sabar walaupun sentiasa di pijak, di hentam, di maki,

Allah Taala sentiasa ada dengan kita setiap masa dan saat.

Jumaat Berkat

Assalamualaikum

First nak share gambar makanan.

Haruslah makanan again.

Food lover katanya.

Kalau gemuk ke memang feeling love jelah kan.


Ni breakfast harini.

Nasi Impit + Kuah Kacang + Sambal Tumis + Rendang Daging.

Rezeki hari Jumaat. Alhamdullilah.




Ni lauk dinner tadi malam. Masak simple. Janji kenyang.

Bahan : Kentang + Ikan Bilis Halus + Suhun + Kicap + Cili + Bawang Merah + Bawang Putih.

Jadi la macam Sambal Goreng orang Jawa panggil. Tapi cuma takde Tempe dan Tauhu je.

Makan dengan Nasi panas. 

Oh ye.

Masih musim hujan kan ?

Kata nya bilangan mangsa bannjir makin bertambah.

Haaaa. Haritu kita ada updated nak bagi bantuan kat mangsa banjir tapi tak tahu cara dia camne kan ?

Tadi malam dapat info.

Malam ni. Jumaat 6 hb - 8 hb / December /2013 maksudnya Jumaat sampai Ahad la kan.

Ada announcement siapa yang nak join jadi sukarelawan ke Pahang untuk bantu mangsa banjir boleh la kumpul dekat Masjid As-Syakirin Gombak pukul 9.00 malam ni.

bawak la keperluan diri.

Ingat la nak join. Tapi HB tak bagi,

Darah manis katanya.

Sedih. Sebab memang dah niat and excited nak pergi.

Tapi takde rezeki.

Maybe next time.

Insyallah semoga perjalanan sahabat yang membantu mangsa banjir tu di permudahkan ye.

Jaga diri dan keselamatan terutamanya.

Al-fatihah kita sedekahkan dekat sedara mara kita yang dah pergi menghadap illahi.


Hargai Semasa Ada Depan Mata

Assalamualaikum


ISTERI VS KEKASIH GELAP


En Suami : Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk.


Ustaz : Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zureat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.

En suami : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang.


Ustaz : Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu.

En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan simpanan saya..

Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu.


En suami : .... tapi kan ustaz....

Ustaz : Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bershukur seperti awak. Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia bole memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.


Note untuk diri saya sendiri. Lelaki baik dekat luar terlalu ramai. Lelaki yang jujur susah nak jumpa.

Hati

Assalamualaikum

Alhamdullilah.

Musim hujan , hati pun rasa suram.

Ujian tetap ujian.

Dugaan tetap dugaan.

Tak perlu minta hidup ni terlalu mudah.

Cukup la hidup ni selalu tabah.

Hati susah nak dijangka.

Hati senang berubah.

Hati senang sakit.

Hati senang nak dengki.

Hati - hati dengan kehidupan sekeliling.

Sentiasa berwaspada.

Aku simple.

Diamkan apa orang nak cakap.

Kadang di kata tak perikemanusiaan.

Tapi aku diam.

Sebab aku dah penat.

Allah maha Adil kan ?

Itu semua kerja dia.

Tugas aku jangam membalas setiap ludahan yang telah diberikan.

Bumi ni bulat.

So tak payah risau.

Aku tak boleh tunjuk kesedihan aku.

Nanti org kat luar tepuk tangan pulak.

Ya. Saya bahagia.

ALHAMDULLILAH di atas kiriman yang sementara ni.

Saya

Assalamualaikum


Sekarang Musim Hujan Kan ?

Jalan sentiasa jem. Tak kira pergi ke balik kerja. 

Yang excident nya lain. Mudah-mudahan keluarga kita dalam lindungan NYA, Amin.

Dah Akhir Tahun kan ?

Kalau nak tanya azam dah tercapai ke tak rasanya Alhamdullilah . Allah Maha Adil dan Maha Melihat kan.

Nak sentuh pasal Banjir.
Besabar lah wahai sahabatku yang dilanda banjir. Itu semua bukan musibah, Tapi ujian. Supaya kita sama-sama beringat.

Kalau Ingat balik Taufan dan bencana kat negara jiran kita tu Topan Haiyan Kat Kota Tacloban Filipina. Rasanya lagi teruk ujian diaorang. Kita ni hanya la banjir ribut je kan.

Taufan pun takde la seteruk tu.

Mungkin kita semua pun sedia maklum kalau akhir tahun memang musim tengkujuh kan.

Alhamdullilah. Ujian dunia kan. Sama-sama la kita sedekahkan Al-Fatihah. 

Mungkin takde peluang untuk turun turut sama berikan bantuan. Tapi insyallah, kita sama-sama buat solat hajat. supaya semuanya dalam keadaan terkawal.


Kalau rasa mana yang kurang kat diri kita ni, sama-sama la menegur ye. tapi biarlah kena dengan caranya. bukan depan orang ramai.

Hormat orang lain. Jaga Hati orang lain kan kita dah belajar dari kecil lagi.

Itu tak kisah la sama yang mendidik kita,

At least kita dah ada basic.

Oh ye. Nak sentuh bab politik pun tak boleh sangat. nanti kena sman tak pasal-pasal.

Kita bukan takde hak. tapi malas nak masuk campur. Negara dah aman damai pun dah bersyukur.

Apa yang nak naik pun situ la. Tugas kita memang membayar pun.

Nak memberontak pun tak guna. Tak mendatangkan apa-apa. 

Daripada ada rasa hasad dengki, sakit hati, benci, dendam.

Lebih baik istighfar.

Semua tu memang keperluan yang kita akan guna hari-hari.

Mari lah bersyukur.

Kalau rasa macam susah sangat nak bersyukur, sila la duduk dekat Syria sana.

Rasa keperitan hidup diaorang.

Subhanallah.


Makanan Again

Assalamualaikum





Drumstick Black Paper. Teringin nak Chicken Wings kat Stall tepi jalan tu, Tapi dapat dari Domino's. Bersyukur ;)



Lauk masak untuk makan malam tapi memang sengaja masak lebih untuk bawak bekal esok hari.

Nasi Kicap + Kubis Oyster + Ikan Bawal Goreng Kunyit + Budu ( Gatal-Gatal makan) Stop kejap.



Boring makan nasi + niat nak diet, tapi makanan ni berminyak ;) Diet ke masalahnya ?

Paling senang nak masak. Mihun Sup Ayam Kentang, Taugeh + Sambal Kicap. 


Dinner jugak include bekalan ke office esok pagi.

Sambal Sardin + Taugeh /Tauhu Oyster + Budu (Stop)



Haaaa. Ni kita panggil Nasi Lemak Makcik Kedekut. HAHA. Sedap la walaupun kedekut dengan Nasi, 
Nasi Lemak 3 kali suap je + Sambal Ikan Bilis + Paru goreng sedap + Telur bukan separuh, bukan suku, tapi setengah suku + Timun Jepun Manis. RM 3.50.
Bismillah.


Breakfast. Akak bagi set from Sturbucks. Tapi time ni kita Puasa Asyura. So bawak balik makan muffin je. 

Sandwich not bad la. Terima Kasih ye Kakak.




Cekodok Pisang Bulat-Bulat Kecik. HAHA. Yang ni kelakar. Bila balik kampung menjadi pulak buat bulat kecik. Takut kena marah ke camna ni ? + Teh Tarik. Lokasi? Kampung kat Pahang ;)


Dessert malam-malam. Makan pukul 1 Pagi. Nice. Ternak lemak. Thanks You Apit. Takde Indulghes tapi beli jugak yang ada rasa chocolate.



Ni pun dinner punya lauk rasanya. buat Ikan Bakar. Tapi Bakar dalam kuali. Tanpa Minyak. Takkan nak membakar pakai Arang kan ? Nanti bising jiran ;)

Ikan Cencaru + Salut Serbuk Kunyit + Garam. + Letak dalam kuali Tanpa Minyak + Tutup.

Sambal Kicap ? Cili & Bawang potong halus-halus + Tuang Kicap Kipas Udang + Perah Limau.

Done. Makan dengan Nasi Panas.

Eh? Tetiba ter share cara nak masak. Note to myself. Masakan bujang.


Bubur. Bukan demam pun. Saja masak tekak teringin nak makan. Nak order Bubur MCD macam membazir. So mari lah masak. Bahan pun bukan susah sangat pun. Ikan Bilis Halus + Bawang Besar + Cili + Kicap. Makan sebelum tidur. Terima Kasih ;)



Ni pun Dinner jugak. Masak Mihun Tomyam Fishcake je pun ada, Tak payah beriya sangat nak letak bahan nya, sendiri punya tekak pun. Masak lebih.. Bawak bekal.



Weekend tak silap. Nasi + Ayam Masak Cili + Teh O Panas + Haaa. See. Balnce kuah Tomyam ada lagi. Segar sambil menghirup tengok Melodi ;)



Satay Daging Favourite ;) Serius. Sedap sangat. Kalah satay Kajang.




Sup Sayur + Sambal Belacan.


Nasi + Ikan Cermin Singgang Putih Tanpa Kunyit + Sambal Hijau Tumis.




Sayur Timun Goreng Sambal letak Fishball. Tak makan Nasi time ni ;)



Mee Hailam. Tak berapa nak kena dengan tekak. Tapi Habis je ;) Jangan membazir okey :)



Medan Ikan Bakar. Tapi Makan Sotong Bakar + Kailan Ikan Masin + Tomyam Campur Putih ;)


Mihun Goreng, + Telur Dadar Hancur.




Yang Ni gambar tadi malam. Lapar. So Jom la buat Jemput-Jemput Bawang. Then Baru boleh sleep.



Alhamdullilah. Terima Kasih Ya Allah atas nikmat serta rezeki yang ko berikan pada kami sekeluarga.


December 2013

Assalamualaikum

December datang lagi.

Bulan di hujung tahun.

Alhamdullilah.

Banyak perkara yang berlaku.

Dan kebanyakkannya bukan la wishlist this year.

Tapi Allah dah bagi rezeki.

So kita bersyukur.


Dinner. Tomyam  Putih Campur + Kailan Ikan masin + Sotong Bakar.

Medan Ikan Bakar Sg. Merab Kajang. 

Assalamualaikum

Assalamualaikum
Okey. Takde apa nak share.
Cuma saja la nak menaip.
Saja nak borak dengan blog.
Manusia.
Tak reti bersyukur.
Tak reti nak menghargai.
Lagi?
Tak reti nak berubah.
Lagi?
Entah.
Aku tak usik orang.
Aku tak perasan sape aku dah sakitkan hati.
Aku tak perasan sape aku dah susahkan.
Aku rasa aku dah minta maaf.
Alhamdullilah.
Aku masih bersabar.
Dugaan aku.
Rezeki aku.
Mungkin ujian aku.
Allah ada.
Aku percaya.
Manusia.

Puasa Asyura 10 Muharam

Assalamualaikum
Selamat berpuasa pada hari  Asyura
10 muharam.
Alhamdullilah.
Semoga saya diberi kekuatan hingga waktu berbuka nanti.
Memang dah niat dari awal muharam lagi nak puasa 10 Muharam ni.
Tapi tak tahu la pula semalam pun 9 Muharam disunatkan berpuasa jugak.
Takpela, takde rezeki untuk hari semalam.
Then , tu yang nekad, harini tetap kena puasa.
Lets.
Ni lauk sahur saya.


Sotong Sambal + Nasi putih yang panas vs Kicap Manis Kipas Udang Yang Tak Pernah Lupa + Teh O 
Panas jugak.


Alhamdullilah.

Bangun Sahur pukul 4.30 a.m.

Malaikat dah kejut mungkin.

Siap sahur. Iron baju kerja.

Mandi then Subuh.

Then gerak ke office walaupun dalam keadaan jammed !

Masih mampu tersenyum.



Watermark Impian

Assalamualaikum.

Harini handphone tertinggal.

Nice.

Jom kita belajar buat watermark gambar.

Rasa safety sikit.


Sekadar perkongsian ;)

Assalamualaikum.

Selamat Hari Isnin.

Happy Deepavali walaupun dah terlambat.

Today kerja macam biasa.

Esok Cuti Awal Muharam.

Alhamdullilah.

Jom ramai-ramai baca doa Awal Tahun dan Akhir Tahun


Okey.

DOA AKHIR TAHUN

3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.




Amalan-amalan sunat:


Alhamdullilah.

Apa yang perlu dan tahu kita share and amalkan sama-sama walaupun hanya la copy & paste ;)

Semoga amalan kita pada tahun lepas dan tahun akan datang diterima dengan baik oleh maha pencipta nya.

InshaAllah.

SubhanAllah.

AllahuAkbar.

Petang

Assalamualaikum.

Hai selamat petang.

Counting masa nak balik.

Tak sabar nak menghadap jem !

Pergi balik jem !

Sabar jela.

Tadi ada customer bagi biskut.

Nampak sedap.

Lets makan.

Makanan

Assalamualaikum.
Sempena bulan oktober dah sampai ke penghujung nya ni,
Kita nak upload gambar je.
Kita namakan album ni
Tragedi oktober .
Tragedi gemuk mungkin.
Tapi bersyukur jela.



Satay Kajang Haji Samuri




Favourite. Pelam Kampung + Colek




Dinner Oktober Nasi + Sambal Ikan Cencaru




Sizzling Mee without Telur. Erkkkk




Bekal Office Nasi + Sambal Sardin



Nasi Kerabu Wan Atiq Pasar Malam Bangi. Last makan masa puasa ;)



Bihun Goreng Homemade



Minum Petang Teh O Panas + Jemput-Jemput orang Johor panggil.



Jambu Batu Kampung + Asam Boi Kampung Halaman.



Maggi Asam Laksa + Milo Panas 




Kepak Ayam Madu Idaman Hati. Serius Sedap ! Yummy !



Laksa Penang Favourite . 



Cendol Kosong je. Balik Kerja layan. Slurppppppp !




Mee Hailam Homemade. Terlebih rajin ;)




Nasi Kerabu Hayaki. Biasa je. First and Last. Nak lagi sedap jom Kelantan. Soon ;)




Nasi Kicap + Ikan Masin  Lemak Kurau + Budu ? Homemade jugak. Tiba je makan budu ? Sambal Tempoyak pun sedap. Tu la, dulu bukan main tak suka sangat. Sekarang benda tu wajib ada bila makan. Sambal Belacan pulak macam dah tak wujud. HAHAHA.



Dinner jugak. Nasi Sambal Sardin Again. Kubis Goreng.



Pau Ayam dekat RNR Rawang. Beli 5, RM 7.00, sampai kesudah tak habis. Oh ye, masa ni dah pukul 5 pagi tunggu nak subuh then gerak hantar Nenek and Kakak ke Batang Kali sebab attend wedding Cousin. Sesat bagai. Sabar jela. Dugaan.



Air Dekat Hayaki. Longan pun tak berapa nak segar. Teh Ais dia sedap !


Alhamdullilah diatas rezeki, ujian dan dugaan yang telah diberikan. Terima Kasih ya Allah sebab beri kami peluang untuk meneruskan hari-hari berikutnya.

Terima Kasih untuk Family, HB & Co, sebab always support me sepanjang bulan Oktober dan diharap bulan dan tahun akan datang.

Takde apa balasan yang dapat saya berikan kecuali sentiasa mendoakan kesejahteraan semua orang yang saya sayang.

Semoga saya sentiasa bersyukur dengan rezeki dan ujian yang diberikan.

P/s : Semoga rajin la nak update blog ni untuk kenangan diri sendiri setiap apa yang berlaku pada hari2 akan datang.

21 September 2013 Moment

“Dalam penantian ini..
Siapa tahu bila jodoh itu akan hadir..
Namun penantian itu berakhir sudah
Apabila pertunangan itu sebagai tanda pengikat
antara aku dan dia..”


Perlukah kita umumkan satu dunia yang dia tunang kita?
Sesungguhnya dalam Islam menyuruh kita hanya berdiam..
Pertunangan ini cukuplah hanya sekadar keluarga kita
dan keluarga dia sahaja yang tahu..
Pertunangan adalah jalan untuk pasangan
mengenali pasangannya itu..

Berkenalan macam mana?
Hanya mungkin merisik melalui ibu bapanya..
tiada siapa lagi yang mengenali anaknya
selain ibu bapanya yang menjaganya sejak kecil lagi..
Pertunangan ini supaya kita betul-betul mengenali dia..
Sama ada dia sesuai dengan kita atau tak..
Jika dia tidak sesuai untuk kita..
Tidak mengapa diputuskan ikatan pertunangan itu..
Sebab itulah pertunangan tidak patut digempar gempurkan..
Kerana jika tak jadi,pasti masalah malu dan masalah fitnah orang…
Jika hanya keluarga kita dan dia sahaja yang tahu..
masalah ini tidak akan terjadi..

Ingat sahabat..
pertunangan adalah proses perkenalan..
bukan halal untuk keluar dengannya dan berjumpa dengannya..
Jika mahu untuk berjumpa dengannya atas mahu kenal dengan lebih dekat..
Boleh saja berjumpa tapi pastikan membawa mahram bersama..
Kanak-kanak yang kecil yang masih tidak mengerti
erti sebuah perkahwinan tidak dikira mahram…
Jangan buat alasan membawa kanak-kanak 10 tahun sebagai mahram..
Kamu tetap dianggap melakukan perkara yang mungkar..
Kerana dalam berdua-duaan pasti yang ketiga itu syaitan..

semoga sahabat..
pertunangan itu adalah jalan yang terbaik untuk
mengenali dia dengan lebih dekat..
Jika pertunangan tidak jadi..tidak mengapa..
Semoga dia tetap sahabat walaupun jodohmu bukan dengannya..
Dan keluarganya tetap diziarahi sebagai saudara seIslam..

Pertunangan itu jangan lama-lama..
Akhirlah dengan perkahwinan, jika rasa dia adalah jodohmu..
Perbanyakkan solat taubat dan solat istikharah..
semoga kau temui jodohmu..
dan semoga pertunangan itu salah satu jalan untuk
kau makin mengenalinya dengan lebih baik dan
yakin untuk membina masjid dengannya.. 

Perasaan

Assalamualaikum
Today.
Masih berkerja macam biasa.
Cuma banyak berfikir dengan keadaan dan situasi sekarang.
Masih berfikir dan akan fikir sampai bila- bila.

Updated

Assalamualaikum.

Alhamdullilah untuk segala- galanya.

Ambil mood kejap je ni.