Siapa Saya

Assalamualaikum.

tadi malam balik kerja pergi makan.

balik lewat jugak.

bila bangun subuh still rasa segar je mata.

masuk office terus buat kerja.

updated blog ni kira kerja la jugak kan?

tapi terasa nak share dengan kawan-kawan perangai saya yang tak patut dicontohi.

bajet artis ke? macam la ada orang kisah kan kau cerita ke tak?

ehem.ehem.ehem.

lets story.

Bab makan saya memang champion. kalau nak makan something yang saya minat, saya akan cuba dapatkan, tak kisah la jauh mana pun.kadang2 kalau teringin nak makan sesuatu yang baru tu saya sanggup search google. dasyat nafsu makan saya. saya sihat sebab saya banyak makan, bukan sebab saya bahagia, heheheh. kadang bahagia la jugak, bahagia dapat makanan .kalau dah selalu sangat makan luar makanan yang sama tu saya akan masak je kat rumah. melampau la ye makan luar saja. saya bukan anak datuk.lagi sedap masak sendiri. eh?lately ni saya makan pulok budu dengan tempoyak? Hahahahaa. tak boleh bla. tapi sedap. okey. cukup pasal makan.

Bab Keluarga pulak, saya anak no 2 kan? so saya mungkin la jugak seorang yang garang. tapi takde la sampai belasah adik2, walaupun nampak je saya garang tapi sebenarnya saya adalah sayang sangat kat family. takde kawan2 pun takpe, tapi saya tak boleh takde family. tak kisah la dari keturunan macam mana, background macam mana, tapi saya sayang je semua nya. orang kalau susah memang tak lepas dari maki makian.tapi saya tak kisah pun, saya tak susahkan orang and tak akan malukan family. walaupun difitnah or whatever, ada saya kisah? cuma saya tak suka nak gaduh2. tapi jangan kacau family saya. sebab saya boleh jadi hulk. i love my family especially ibu.

Bab Kerja. saya dulu kerja kedai makan je. tetiba lepas SPM dapat kerja jadi kerani. dekat KL, nak tahu alamat ke? takpayah la. nanti ramai pulak stalker. bajet hot sangat la kau ni kan? Actually 16 April 2013 semalam genap 4 tahun aku kerja kat Company ni.Ye, company yang sama,hakmilik bumiputera sepenuhnya. Bisnes ape? kalau rajin bukak la web ni www.joowaal.com. saya malas nak explain, sebab saya bukan Customer Service. tapi saya Admin Executive. saya belakang tabir je. kalau bab training, filing website and sekutunya cari la saya. Kerja saya ni macam mana ek nak describe? hurmmm. panjang sikit story nya, tapi saya cuba pendekkan. Actually saya berdepan dengan orang jugak la, bukan selalu, tapi kadang2, kadang2 tu selalu jugak la berjumpa orang as a customer la. macam2 ragam dan perangai la saya jumpa. tu belum site management lagi, kadang2 down jugak, fed up, tak puas hati, sakit hati, macam2 la rasa. tapi saya takkan bersuara kalau takde isi or fakta. cuma sekarang ni saya motivate diri sendiri untuk bersabar. sabar. sabar sampai satu tahap saya tetap kena sabar. bila fikir balik rezeki tuhan nak bagi kita tak boleh nak merungut. kita yang pilih jalan ni, so kita kena la bersyukur. semoga rezeki kami sekeluarga diberkati mu Ya Allah.

Weehoooo. yang ni macam taknak share. tapi share sikit jela. Bab Hati. ku akui ku tak sempurna. saya cepat sensitif. Anything happen saya suka berdiam diri.. itu yang terbaik untuk each other fikir balik kat mana silapnya. memang la orang kata kalau happy sokmo boring, kadang2 kena la gaduh jugak.iye. saya argue semua tu. tapi saya kuat emosi. kuat jeles. huwaaa. pengakuan berani. kadang2 saya ego. ye. tinggi sangat ego saya, siapa boleh lawan ego saya? give me 5. bila fikir balik, sebab ego kita hilang orang tersayang kan? tapi benda dah lepas, perkara dah nak jadi. why not kita mulakan hidup baru walaupun susah..i know take time, but i pun manusia biasa.. manusia yang kerdil. tak layak untuk hukum sape2. semoga kawan2 lain bahagia dengan pasangan masing2.. jangan dikenang perkara yang tak pasti. kalau sakit family jugak susah. cuma nak pesan, memang dalam bercinta ni banyak sangat dugaan, kadang2 saya sendiri tak kuat, tapi tu semua ujian dari NYA. saya berserah, apa yang terbaik untuk diri saya, saya buat solat istikharah. semoga Allah Taala permudahkan segala urusan saya di dunia dan diakhirat kelak. Cukup la kot bab hati ni. saya dah start emosi. sebelum apa2 berlaku baik saya stop menaip.

Okey bye kawan-kawan.

Kepenatan

Assalamualaikum

Kita terasa penat sangat harini.

Kelaparan pun iye.

Harini overtime sampai malam.

Hari rabu kan corporate day.

Harini makan cuma sekali.

Apa kita makan?

tengok gambar jela.

mood nak menaip tak datang.

Kat kepala dah fikir nak tilam dengan bantal je.

Selamat malam my dearest stalker.

I love u. Hehehe.





Barang kesayangan

Setiap orang ada impian kan.

tapi 2 barang ni sangat - sangat la kita sayang.

tak kisah la datang dari mana pun barang tu.

okey la. lets sambung keje.





Kek Birthday

Assalamualaikum.

Kita dah 22 tahun masa 14 February 2013.



Banyak sangat kenangan di sebalik kek ni.

Doakan yang terbaik ye kawan-kawan.

Birthday kita beza sehari je dengan wife boss. Mokg ;)

Love Jubah

Assalamualaikum

Ni jumaat lepas.

Terserlah kegemukan.





Sekiranya Keajaiban Berlaku, Tawakal.

Assalamualaikum

Tadi dah share gambar makanan kan?

Sekarang nak share video lagu pulak.

Kadang-kadang kata-kata tak boleh nak diungkap, nak dihurai, nak dilayan.

So, kita layan lagu jela ye.

Apa yang aku rasa sekarang fully 'kesedihan'

Semoga aku diberikan kekuatan Ya Allah.

Sebab Ego kita kehilangan.






Diet ke ?

Asslamualaikum

Harini nak share gambar makan je.

Timbang kat tepi meja memang standby dah.

Shape Plus stop makan dulu.

Fellina pakai hangat-hangat tahik ayam.

Lepas tu bila gemuk meroyan macam orang gila.

Jangan berangan sangat la nak kurus.

Takpe, yang penting usaha tu ada.

Dah 2 hari bawak bekal.

Bangun awal subuh pukul 6, so ada la masa masak.

Cuba bangun pukul 8 lebih? makan kedai saja.

Tapi kita dah muak.

Masak sendiri lagi puas hati.

Jangan jadi anak dara pemalas boleh?





Sup Tulang Cacamerba

Assslamualaikum

Yeah, i know i jarang gila hupdate.

Ni tetiba terpanggil nak hupdate balik.

Rinduuuu nya kat blog ni.

Rinduuuu nya nak share macam-macam cerita.

Rinduuuu nya nak menangis sambil menaip.

Rinduuuu kat semua nya la.

kalau refer tajuk dah lari jauh sangat ni nak story.

Actually kita masak Sup Tulang malam tadi.

Tengok gambar jela ae.