Solat Tarawih

Assalamualaikum

Happy Monday Uolls.

Harini dah masuk hari ke 10 kita berpuasa kan ?

So far aku takde la ponteng lagi,

Niat nya bulan puasa ni taknak la tinggal ibadah, tapi aku kan manusia biasa,,

Ya Allah. Ampunkan la hamba mu ini.

Harini aku nak share sikit cara menunaikan solat tarawih.

Jom la sama-sama belajar perkara yang baik di bulan yang baik2 ni.



Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih

Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat 

sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali 

takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih




(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)

——————————————————————-

Bacaan Surah

Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula

surah-surah yang tertentu. Dari malam 1 hingga 15 Ramadan, pada tiap-tiap rakaat yang


pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takatsur hingga surah al-Lahab
 .
Susunan surah-surah adalah seperti :


Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah

al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat kedua dibaca satu surah seperti bacaan rakaat yang pertama 

bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada

surah al-Lahab

——————————————————————-

Sembahyang Witir Sebanyak Tiga Rakaat

Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas solat

sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Salam

selepas dua rakaat yang pertama, diikuti satu rakaat lagi dan salam. Bilal memberitahu tentang solat

sunat Witir yang akan dikerjakan selepas ini dengan menyebut


Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal. Mulai malam 16
 
Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak
 
membaca qunut, sunat dilakukan sujud sahwi.
 
-
Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua memperingati amalan sunat yang hanya datang

dalam bulan Ramadhan. Sama-samalah kita merebut fadhilatnya. jika ada kekurangan atau kesilapan 

harap ditegur. Wallahualam.

Ramadhan

Assalamualaikum

Hai kawan2. Rasa nya tak terlambat kan nak wish

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarak

Dan Selamat Berpuasa.

Jangan ponteng bagi yang kaum Adam, Hawa di kecualikan.

Hari ni masuk hari ke 3 berpuasa kan ?

Merasa la jugak off day di hari pertama puasa

Tapi tak dapat balik kampung pun. Hurmmm.

Berbuka pun simple2 je.

Malam first bersahur kat luar, buka pun kat luar,

Second puasa sahur kurma and milo panas je, buka je masak sedap sikit,

Nanti aku upload gambar if rajin,

Today tak tahu nak buka apa, sahur pun tak, tapi niat la.

Ok la, nak continue work.

Bye :)

Happy Night Wednesday

Halamak.. macam banyak pulak entri for today.

HEHE. Mood tengah ok, hati pun tengah baik, so, kita enjoy !

Kalau pun kita ada masalah, jangan lah tunjuk sangat yang kita ni sangat2 lah bermasalah.

Anyway, kita kan dah besar, dah meningkat dewasa, so kenalah pandai tangani stress tu, yerdakkkk ?

Perhatikan masyarakat diluar sana, HAHA. ( Ayat penulisan SPM A1 )

Gaduh pung masuk Facebook. Alahaiiii !Kesian aku tengok kalau partner yang di ajak gaduh tu tak bagi response.

Taaappppiii ada pulak kawan2 yang dok api2 kan.

Tak mau lah macam tu ye, sebab kalau boleh ada masalah, boleh selesai kat luar kot.

Nak tulis kat Facebook tu boleh, tapi apa salahnya tulis dalam inbox ?

Ke memang nak semua orang tahu yang uolls tengah bergaduh ?

Tak kira la salah siapa pun, aku cakap ni pun untuk peringatan kita bersama.

Sama2 saling tegur, if benda tu betul, tak salah kan terima ?

Entri sebelum ni pun aku pernah tulis kebaikan or keburukan adanya Facebooker or Fakebooker ni.

Malas lah nak dok ulang2 isu yang sama.

Marilah kita sama2 muhasabah diri ye :)

Bahang EURO 2012 dan A bit Of Kuantan

Akhirnya EURO 2012 telah TAMAT dengan lancarnya.

Ahaiii, menang bergaya nampaknya SPAIN, kesian ITALY kan ?

Malam game tu, aku tengk kat rumah je, lagipun kepenatan sebab baru balik bercuti kat Kuantan :)

Plan dengan Sepul nak tengok kat Dataran Merdeka, tapi tak kesampaian la pulak, disebabkan perkara yang tidak dapat dielak kan.

Oh ! Aku pergi Kuantan pun last minute, tak berpa nak dirancang pun, main redah je.

HAHA. Buat suprise kat Mokg dengan Kak Ema.

Alhamdullilah mereka sekeluarga semuanya selamat dan sihat.

Dapat lah jugak lepas rindu kat Rayyan :)

Aku pergi Kuantan dengan cousin aku, stay kat sana 3 Hari je.

Apa aku buat kat sana ? Nanti2 entri aku cerita.

Ni lari dari tajuk dah.

Lets story pasal EURO.

Sebenarnya aku dah agak yang Spain akan Winner.

Tahniah jugaklah both of your team sebab dah 3 kali mempertahankan kejuaraan.

Dengarnya Torres dapat Kasut Bola EMAS ? Betul ke ?

Aku tak berapa nok hupdate sangat pasal Sukan ni,

Kalau salah info minta maaf awal2.

Nanti aku double confirm dengan PA aku yang expert pasal BOLA and SUKAN ni.

Ok Bye


Gambar di atas ni, aku ambil masa g Teluk Chempedak kat Kuantan Pahang :) HEHE.

A lot of memory kotttt.

Malam Nisfu syaaban :)

Assalamualaikum :)

Hye. Mood nak hupdate blog for today ok2 jela.

Ape kabar uolls, harini malam nisfu syaaban kan ?

Alhamdullilah, sempat lah jugak aku bernafas dan merasai nikmat malam nisfu syaaban ni :)

Harap Yang MAHA Kuasa dapat lah terima segala amalan aku selama ni :)

Di kesempatan ini, aku nak meminta maaf kat semua khalifah Allah kat muka bumi ni,
samada Islam ataupun bukan islam, semoga segala amalan sepanjang hidup di dunia ini akan diterima di akhirat kelak. Amin.

Lagi 16 hari bagi yang beragama islam, kita akan menyambut bulan ramadhan.

Ya ALLAH, tak sabarnya nak menanti bulan yang penuh barakhah ni.

HAHA. Aku ganti puasa yang last year pun tak habis lagi, harap dapatlah habiskan before puasa yang akan datang ni.

Ok la. Mari lah sama2 kita beribadat untuk menambahkan  pahala yang serba kekurangan ni.