Assalamualaikum..
Mungkin ada diantara kita yang belum pernah mengalami perkara ni.
Tapi tak salah ambil tahu tentang perkara ni.
Segala-galanya memerlukan pengorbanan.
RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.Tiada siapa
memahami sakit mengandung, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit
bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.Even dalam proses
pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali
wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui
ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah
satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu
proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu
berpantang?"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.Lalu
mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan
untuknya?Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di
dalam pantang seperti hamba?Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh
berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap
dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa
mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di
dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah
7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan
seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear.
Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban
bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.Sebiji buah pear, mengeluarkan
seorang manusia?Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat
dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau
akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi
rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda.
Berpantanglah.Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng.
Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang
pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun
perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda
masih layak bergelar suami.Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si
pemilik rahim.