Happy Monday Uolls.
Harini dah masuk hari ke 10 kita berpuasa kan ?
So far aku takde la ponteng lagi,
Niat nya bulan puasa ni taknak la tinggal ibadah, tapi aku kan manusia biasa,,
Ya Allah. Ampunkan la hamba mu ini.
Harini aku nak share sikit cara menunaikan solat tarawih.
Jom la sama-sama belajar perkara yang baik di bulan yang baik2 ni.
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat
sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah
ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali
takbiratul ihram,
kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih

(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)
——————————————————————-
Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula
surah-surah yang tertentu. Dari malam 1 hingga 15 Ramadan, pada tiap-tiap rakaat yang
pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takatsur hingga surah al-Lahab
.
Susunan surah-surah adalah seperti :
Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah
al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat kedua dibaca satu surah seperti bacaan rakaat yang pertama
bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada
surah al-Lahab
——————————————————————-
Sembahyang Witir Sebanyak Tiga Rakaat
Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat
sunat Witir selepas solat
sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Salam
selepas dua rakaat yang pertama, diikuti satu rakaat lagi dan salam. Bilal memberitahu tentang solat
sunat Witir yang akan dikerjakan selepas ini dengan menyebut
sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Salam
selepas dua rakaat yang pertama, diikuti satu rakaat lagi dan salam. Bilal memberitahu tentang solat
sunat Witir yang akan dikerjakan selepas ini dengan menyebut
Bagi sembahyang witir seperti ini
tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal. Mulai malam 16
Ramadan kita
disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh.
Jika tidak
membaca qunut, sunat dilakukan sujud sahwi.
-
Semoga perkongsian ini dapat membantu
kita semua memperingati amalan sunat yang hanya datang
dalam bulan
Ramadhan. Sama-samalah kita merebut fadhilatnya. jika ada kekurangan
atau kesilapan
harap ditegur. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment