Jumaat Berkat

Assalamualaikum

First nak share gambar makanan.

Haruslah makanan again.

Food lover katanya.

Kalau gemuk ke memang feeling love jelah kan.


Ni breakfast harini.

Nasi Impit + Kuah Kacang + Sambal Tumis + Rendang Daging.

Rezeki hari Jumaat. Alhamdullilah.




Ni lauk dinner tadi malam. Masak simple. Janji kenyang.

Bahan : Kentang + Ikan Bilis Halus + Suhun + Kicap + Cili + Bawang Merah + Bawang Putih.

Jadi la macam Sambal Goreng orang Jawa panggil. Tapi cuma takde Tempe dan Tauhu je.

Makan dengan Nasi panas. 

Oh ye.

Masih musim hujan kan ?

Kata nya bilangan mangsa bannjir makin bertambah.

Haaaa. Haritu kita ada updated nak bagi bantuan kat mangsa banjir tapi tak tahu cara dia camne kan ?

Tadi malam dapat info.

Malam ni. Jumaat 6 hb - 8 hb / December /2013 maksudnya Jumaat sampai Ahad la kan.

Ada announcement siapa yang nak join jadi sukarelawan ke Pahang untuk bantu mangsa banjir boleh la kumpul dekat Masjid As-Syakirin Gombak pukul 9.00 malam ni.

bawak la keperluan diri.

Ingat la nak join. Tapi HB tak bagi,

Darah manis katanya.

Sedih. Sebab memang dah niat and excited nak pergi.

Tapi takde rezeki.

Maybe next time.

Insyallah semoga perjalanan sahabat yang membantu mangsa banjir tu di permudahkan ye.

Jaga diri dan keselamatan terutamanya.

Al-fatihah kita sedekahkan dekat sedara mara kita yang dah pergi menghadap illahi.


No comments:

Post a Comment