Try Nasi Lemak



Berikut adalah tips untuk membuat sambal kita menjadi enak.

1.  Jangan mengunakan cili boh atau cili giling tersedia kerana bahan pengawetnya akan memcacat rasa. Gunalah cili kering yang dikisar sendiri.

2.  Gunakan banyak bawang besar kerana ia akan mengurangkan kepedasan dan menambah manis secara semulajadi.

3.  Semasa menumis cili dan bawang besar pastikan pastikan ia benar-benar masak atau naik minyak sehingga mengeluarkan bau tumisan yang harum.

4. Imbangi rasa sambal anda dengan meletakkan sedikit asam keping atau air asam jawa. Jangan terlalu banyak kerana rasa masam yang keterlaluan akan mencacatkan rasa sambal anda.

5. Jika suka boleh tambah belacan untuk menambah rasa lemak atau kisarkan ikan bilis dan udang kering sebagai bahan campuran tumisan anda. Untuk lebih enak tambahkan ikan bilis yang telah di goreng dan tumbuk separa hancur untuk dimasukkan di dalam sambal. Semasa menghidang sambal jangan kedekut untuk taburkan ikan bilis goreng di atas sambal untuk mengekalkan kerangupannya.

6. Sesuaikan rasa garam, gula dan sedikit masam pada sambal. Boleh tambah serbuk perasa jika anda suka kerana ia akan menambah kelazatannya. Jika anda tidak suka pastikan ikan bilis atau udang kering diletakkan lebih sedikit pada sambal.

Resepi Nasi Lemak
Bahan untuk nasi;
3 cawan beras
1 cawan santan
3 cawan air ( anggaran saja – kadar air ikut jenis beras yang anda guna, boleh tambah jika di perlukan)
3 hiris halia
1 helai daun pandan
3 ulas bawang merah ( di hiris)
sedikit garam
Cara-caranya
* Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
Bahan Untuk Sambal;
6 sudu besar cili giling
3 biji bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 biji bawang besar – 1 biji bawang ditumbuk dan 1 biji bawang besar hiris
segenggam ikan bilis ( sebahagian di tumbuk, sebahagian lagi di goreng )
sedikit air asam jawa
sedikit belacan jika suka
sedikit garam, gula dan perasa
Cara membuat sambal;
  1. Tumis cili giling, bawang merah, bawang besar, bawang  putih, ikan bilis dan  belacan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
  3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng.
Bahan sampingan lain;
ikan bilis goreng
timun – dihiris
kacang tanah
telur rebus
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment