Meninggal

Assalamualaikum

Semalam balik awal sikit, so today sampai opis pun awal.

Mood for today ok la.

Harini ganti puasa, harap dapatlah tahan sampai ke petang.

Sedih semalam tak hilang lagi, harini blogwalking kat http://miera301.blogspot.com/

tentang pemergian birasnya. Allahyarhamah Normawati.. Orang Pontian Johor.

Arwah mempunyai seorang anak lelaki, comel budaknya. Rafiq. Then husband yang tabah Talib.

Al-Fatihah dan Salam Takziah pada keluarga Arwah.

Dari DIA kita datang, kepada DIA la kita kembali.

Actually aku adalah silent reader kak moon, tak pernah pun beri comment apa2 dekat setiap entri yang hupdate tentang arwah.

Setiap perkembangan arwah aku baca, then sedih sangat2.

Kagum sangat tengok husband and family arwah hadapi ujian ALLAH.

Bila teringat pengalaman yang lalu rasa macam nak menangis je.

Yela. aku ada seorang kawan rapat yang meninggal akibat kanser payudara.

Arwah pergi masa umur 20 tahun. muda sangat kan?

Arwah baik orangnya, cantik dan memang sangat rapat dengan aku.

Kejadian berlaku sekelip mata je, lagipun kanser arwah dah stage 4.

Nak dipendekkan cerita,

Dulu aku kerja kedai makan, selalu arwah datang kedai. Arwah suka makan SOTO + Sambal kicap.

Favourite food same with me :) Tak sah kalau tak pedas.

Ada satu hari tu dia nak makan SOTO without sambal kicap. pelik jugak aku.

Then arwah balik tu dia suka pegang2 aku cakap nak kurus macam aku.

HAHA. tu dulu, sekarang gemuk weiii.

Kejadian ke2 pulak masa bulan puasa, aku meniaga kuih depan kedai,

Dah kemas2 nak balik time nak berbuka dah masa tu, arwah datang kedai aku then tolong aku kemas kedai and anta aku balik naik motor.

Masa tu dia ada mengadu sakit bawah ketiak.

Aku suruh dia check kat Klinik, tapi dia suka tangguh. Anggap sakit biasa.

Lepas daripada tu, kakak dia inform arwah tetiba sakit.

Dengan tetiba?

Sebulan jugak arwah sakit, then duduk HSA JB, ada jugak bawak pergi urut kampung.

tapi still tiada perubahan.

Last aku tengok arwah dalam kete kakak dia masa tu dah bawak balik berurut, kurussss sangat.

Tapi aku tak berapa nak tenung sangat arwah sebab serius, tak sampai hati. Lain sangat...

Tak lama lepas tu arwah dah kritikal, HSA JB tak boleh nak handle case arwah, then arwah di transfer ke HSI JB.

Dekat HSI tak lama sangat sebab masa malam jumaat tu arwah dah kritikal, family, sedara mara rapat yang datang dari jauh and kawan2 datang bacakan Yasin kat sisi Arwah.

Akhirnya.. tepat pukul 2.00 pm hari Jumaat berapa haribulan and tahun pun aku dah lupa, yang penting dah 3 tahun berlalu. lepas ayah arwah balik sembahyang jumaat, arwah menghembuskan nafas terakhir.

Masa tu aku tengah sekolah, takde kat sisi arwah..Aku dapat berita sahaja dari kakak arwah.

Then masa arwah dikebumikan aku pergi melawat, selesai semua pengebumian, malam tahlil pun aku datang rumah arwah.

rasa maca tak percaya arwah pergi secepat tu.

ALLAH lebih sayangkan arwah.

Dah berapa kali raya aku tak pergi melawat kubur arwah, insyallah tahun ni aku pergi.

Then lepas sembahyang aku selalu sedekahkan al-fatihah kat kawan2, sedara mara, then umat islam lain yang telah menghadap illahi.

Semoga arwah ditempatkan di golongan orang yang beriman.

Kita yang hidup ni teruskan berjuang dan beribadah pada ALLAH.








No comments:

Post a Comment