Sembang Kosong

Assalamualaikum

Cecepat hupdate, sebab takut internet loading.

Rasa nak sembang je harini.

Apa kabar uolls ?

Harap semuanya sihat belaka,

Lama gok aku tak hupdate, maaf pada reader kat sidebar :)

Thanks A Lot sudi tinggalkan comment.

I will untuk kerap hupdate.

Sebenarnya aku memang nak share story, tapi perasaan malas tu membuak2.

Lets kita sembang.

Lately ni aku macam busy sikit.

Since office sementara kat Ukay Perdana, rasa macam jauh pulak nak pergi,

Tapi aku masuk pagi jugak la, macam biasa.

Cuma 2 3 hari lepas sibuk ulang alik Ukay Perdana ke Ampang uruskan internet new office.

Esok pun still follow up dengan TM untuk urusan installation.

Aku rasa macam runner seyhh.

Tapi dah diberi tugs kan ?

Haruslah ikhlas. Kata nak cari rezeki halal.

Eh, sekarang KL musim hujan,

Kalau tak petang, mesti malam.

Alhamdullilah rahmat ALLAH turunkan.

Marilah sama2 bersyukur.

Tapi rasanya macam satu Malaysia kot hujan,

Kesian Negeri kat Pantai Timur,

Kalau hujan lebat sampai 2 3 jam mesti banjir.

Johor pun sama. (Negeri kelahiran )

Now aku stay KL, so suasana stay without family sangatla lain.

Everything kena buat sendiri.

Independent katanya.

Aktiviti aku hari minggu pun cuma rehat kat rumah je.

Nak keluar bukan ada ape pun.

Nak balik kampung rasa macam penat.

Raya haji jela insyallah balik.

Okeyla. Habis idea dah,

Ada cerita nanti kita continue hupdate okey.

Take care uolls :)



 Gambar 2010, IKEA :)


LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN

Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…

“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”
Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…

“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”


Apa pun yang lelaki katakan, perempuan pun boleh katekan.

So, ada aku kisah kalau takde laki pun ?

Hew.Hew.Hew.

Pucuk pangkalnya di sini. 

Lelaki dan Perempuan adalah sama sahaja pada zaman sekarang ni.

Bezanya lelaki ada 9 akal 1 nafsu.

Perempuan 1 akal 9 nafsu.

Renung2 kan dan selamat beramal. 

Wednesday busy

Hari ni rasa macam sibuk.

Jap lagi pas zuhur nak pergi pandan prima. Ada keje.

Pastu nak g bank. Ada urusan kerja jugak.

Bestnya la kalau ada driver kan?

Tapi sayang, semua kena buat sendiri.

Redha jela.

Nak kata aku runner?

Aku tak rasa pun macam tu,

Sebab aku memang buat dengan ikhlas.

Ikhlas sangat.. hahaha.

Dah2, buat kerja.

Gambar untuk harini takde.

Tapi aku nak bgtau. Today i wear all bluessss.

Blues sangat ;)

Cerita semalam

Keje tak banyak.

So call mokg, ada payment nak kena buat.

Then kebetulan mokg ajak lunch sama.

Kami lunch sama2 dekat NZ KLCC.

Kebetulan aku kena jumpa client.

Lunch sama jugak.

Aku mkn ayam tandoori. Sedap la jugak. Cuma serve agak lambat..

Then g Maybank KLCC ada urusan kena buat.

Kat dalam entri ni aku upload gambar view dari KLCC. See SDB.

Pastu masuk balik keje and balik.

Cepat sangat masa berlalu kan?

Cerita 2

Open house company aku

Joowaal.com

Buat kat Kelab Golf Pdrm Titiwangsa.

Launch produk baru.

PurLife.

Gila ramai jemputan.

Aku jadi penyambut tetamu.

Tema pink putih.

Ohmaigod. Geli.

Terpaksa pakai.

Pakaian di sponser oleh Sepul a.k.a perunding imej yang tidak berbayar.

Ahahaha. Thank you bro.

Ingatkan malas nak pergi, tapi aku tuan rumah.

Harusla ku gagahi jua.

Aku invite kawan lama dari Damansara.

Lama lost contact since form 1.

Dapat la jumpa kejap.

Thanks kembar Juliana Evans. ;)

Balik open house aku g jogging and lepak.

Oh yeah. Sebelum terlupa.

Aku dapat duit raya 100!!

First time nih. Thanks Pokjak!! We love u.

Ahahahaaha. Dapat duit terus love. Emang dasar!

Hari tu makan sangat la kenyang.

Makanan pun sedap.

Okeyla. Gambar tak banyak.

Gambar tuan belog haruslah ada.


Cerita 1

Assalamualaikum.

Wah.. Lama sangat cuti nya.

Cuti jugak la belog ni.

So sekarang kita kasi upload gambar2 yang telah sekian lama nya diperam.

Gambar2 ni masa befday emak boss.

Celebrate kat Redbox Pavilion.

Wah tempat kerlass sangat.

Yang booking harusla aku.

Bayar mesti la boss kan.

Aku tak nyanyi pun, sebab microphone ada dua je.

Harap je bilik VVIP.

Nak share sikit, kalau nak buat befday party, dia takde provide cake.

So uolls kena beli sendiri.

Tapi EGM beli cake tu sedap! Macam secret receipe tapi bukan.

Okey. Rate dia.

Aku ambil 20 pax time 9 mlm till 3 pagi.

Harga? Below than 2k plus plus.

Tu tak masuk lagi yang add on.

Nasib la. Yang penting dah settle.

Ape2 pun. Happy birthday Mak N.

Kasih Ibu Dan Ayah

Asslamualaikum

Terasa mengantuk dan sejuk sangat harini.

Ikutkan hati kecik aku ni malas nak hupdate.

Tapi paksa dan gagahkan diri jugak untuk menaip.

Nak dijadikan cerita,

Masa aku tengah breakfast kat pantry office,

Ada la seorang makcik yang berstatus ibu anak 2.

Maybe foreigner.

Dia story kat aku pasal anak2 dia.

Anak ada 2 orang je, Yang sulung umur 25, perempuan. baru habis belajar kat UNIMAS.Belajar 3 tahun kat Sarawak. dah konvo pun. Sekarang kerja kat Ampang Point.

Anak bongsu lelaki, 20 tahun, sekarang kerja kat Kelab Golf, Pavilion.

Makcik ni cerita, dia sedih anak2 dia tak dapat kerja yang elok, so dia rasa sedih sangat, kalau boleh dia taknak anak2 dia susah macam dia.

Makcik ni sayang sangat kat anak2 dia, kalau boleh dia nak anak2 dia berjaya, dia pesan, jangan jadikan keadaan keluarga yang susah sebagai penghalang untuk berjaya.

Pesan dia untuk anak2nya, Semoga senang dan bahagia dunia akhirat, bolehla ibu dan ayah tumpang kesenangan anak2nya.

Tapi dia takde la pulak cakap, kalau anak2 susah, ibu dan ayah turut rasa susah.

Aku rasa jarang la parents nak mengeluh dan merungut.

Segelintir anak2 je tak bersyukur dengan ape yang dia ada.

Aku dengar kan jela makcik tu punya luahan hati.

Aku rasa kesian sangat.

Tapi aku tak mampu nak tolong makcik tu.

Aku harap makcik tu kuat dengan semua dugaan dan cabaran hidup kat dunia and kota metropolitan ni.

Macam2 boleh jadi.

Alhamdullilah,

Pagi2 ni serba sedikit memberi kesedaran untuk aku supaya hidup dalam kesederhanaan.

Aku bersyukur sebab walaupun keadaan keluarga aku, tak la senang mana,

Tapi insyallah, ALLAH TAALA tu maha adil, ,maha mengasihani, maha mengetahui.

Kalau fikir balik,

Betapa besarnya pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu dan ayah.

Bukan la aku nak cakap aku ni anak yang baik,

Kita mana nak tahu kalau2 Ibu dan ayah kita pernah terasa hati dengan kita.

Aku taknak la tengok ibu dan ayah aku sedih.

Aku tak pernah pun nak rasa hidup mewah.

Aku cuba untuk tidak menyusahkan ibu dan ayah aku.

Aku akan cari apa yang aku nak dengan duit hasil titik peluh aku sendiri.

Aku taknak ibu dan ayah aku tahu yang aku hidup susah.

Aku selalu motivate diri sendiri supaya bersyukur dengan ape yang aku ada.

Aku cuma nak keluarga aku BAHAGIA.

Amin Ya Rabbal Alamin.