Barang kesayangan

Setiap orang ada impian kan.

tapi 2 barang ni sangat - sangat la kita sayang.

tak kisah la datang dari mana pun barang tu.

okey la. lets sambung keje.





Kek Birthday

Assalamualaikum.

Kita dah 22 tahun masa 14 February 2013.



Banyak sangat kenangan di sebalik kek ni.

Doakan yang terbaik ye kawan-kawan.

Birthday kita beza sehari je dengan wife boss. Mokg ;)

Love Jubah

Assalamualaikum

Ni jumaat lepas.

Terserlah kegemukan.





Sekiranya Keajaiban Berlaku, Tawakal.

Assalamualaikum

Tadi dah share gambar makanan kan?

Sekarang nak share video lagu pulak.

Kadang-kadang kata-kata tak boleh nak diungkap, nak dihurai, nak dilayan.

So, kita layan lagu jela ye.

Apa yang aku rasa sekarang fully 'kesedihan'

Semoga aku diberikan kekuatan Ya Allah.

Sebab Ego kita kehilangan.






Diet ke ?

Asslamualaikum

Harini nak share gambar makan je.

Timbang kat tepi meja memang standby dah.

Shape Plus stop makan dulu.

Fellina pakai hangat-hangat tahik ayam.

Lepas tu bila gemuk meroyan macam orang gila.

Jangan berangan sangat la nak kurus.

Takpe, yang penting usaha tu ada.

Dah 2 hari bawak bekal.

Bangun awal subuh pukul 6, so ada la masa masak.

Cuba bangun pukul 8 lebih? makan kedai saja.

Tapi kita dah muak.

Masak sendiri lagi puas hati.

Jangan jadi anak dara pemalas boleh?





Sup Tulang Cacamerba

Assslamualaikum

Yeah, i know i jarang gila hupdate.

Ni tetiba terpanggil nak hupdate balik.

Rinduuuu nya kat blog ni.

Rinduuuu nya nak share macam-macam cerita.

Rinduuuu nya nak menangis sambil menaip.

Rinduuuu kat semua nya la.

kalau refer tajuk dah lari jauh sangat ni nak story.

Actually kita masak Sup Tulang malam tadi.

Tengok gambar jela ae.

RENUNGAN BERSAMA

Assalamualaikum..

Mungkin ada diantara kita yang belum pernah mengalami perkara ni.

Tapi tak salah ambil tahu tentang perkara ni.

Segala-galanya memerlukan pengorbanan.

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.