Note To My Self
Selamat Pagi.
Monday feel happy sebab banyak ujian yang terpaksa di hadapi.
Alhamdullilah.
Rasa macam nak share quote of the days.
Bagaimana nak melayan orang yang jahil ? Lebih kurang macam orang yang selalu rasa tak puas hati dengan diri sendiri. At last dengki kat orang lain.
Cara dia ?
Apabila orang bodoh ajak kita bertelagah atau bertengkar,dengan kita, maka sikap yang terbaik adalah DIAM. Tidak perlu melayan. Nanti dia akan penat dan diam dengan sendirinya.
Kalau kita melayan, maka kita akan susah sendiri, Dan bila kita berkawan dengan nya, dia akan selalu menyakiti hati kita ;)
Sikap DIAM terhadap orang yang bodoh adalah satu kemuliaan, Begitu pula diam untuk menjaga kehormatan adalah suatu kebaikan.
Pernah dengar tak ayat ni ?
Adakah seekor singa itu digeruni kerana sifat nya yang pendiam lantaran ia jadi pendiam, tetapi seekor anjing sentiasa di buat permainan kerana sifatnya yang suka mengonggong ?
Happy of the day.
Note untuk diri sendiri.
Sabar walaupun sentiasa di pijak, di hentam, di maki,
Allah Taala sentiasa ada dengan kita setiap masa dan saat.
Jumaat Berkat
First nak share gambar makanan.
Haruslah makanan again.
Food lover katanya.
Kalau gemuk ke memang feeling love jelah kan.
Hargai Semasa Ada Depan Mata
ISTERI VS KEKASIH GELAP
En Suami : Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk.
Ustaz : Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zureat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.
En suami : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang.
Ustaz : Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu.
En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan simpanan saya..
Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu.
En suami : .... tapi kan ustaz....
Ustaz : Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bershukur seperti awak. Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia bole memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.
Note untuk diri saya sendiri. Lelaki baik dekat luar terlalu ramai. Lelaki yang jujur susah nak jumpa.
Hati
Assalamualaikum
Alhamdullilah.
Musim hujan , hati pun rasa suram.
Ujian tetap ujian.
Dugaan tetap dugaan.
Tak perlu minta hidup ni terlalu mudah.
Cukup la hidup ni selalu tabah.
Hati susah nak dijangka.
Hati senang berubah.
Hati senang sakit.
Hati senang nak dengki.
Hati - hati dengan kehidupan sekeliling.
Sentiasa berwaspada.
Aku simple.
Diamkan apa orang nak cakap.
Kadang di kata tak perikemanusiaan.
Tapi aku diam.
Sebab aku dah penat.
Allah maha Adil kan ?
Itu semua kerja dia.
Tugas aku jangam membalas setiap ludahan yang telah diberikan.
Bumi ni bulat.
So tak payah risau.
Aku tak boleh tunjuk kesedihan aku.
Nanti org kat luar tepuk tangan pulak.
Ya. Saya bahagia.
ALHAMDULLILAH di atas kiriman yang sementara ni.
Saya
Makanan Again
December 2013
December datang lagi.
Bulan di hujung tahun.
Alhamdullilah.
Banyak perkara yang berlaku.
Dan kebanyakkannya bukan la wishlist this year.
Tapi Allah dah bagi rezeki.
So kita bersyukur.
Assalamualaikum
Okey. Takde apa nak share.
Cuma saja la nak menaip.
Saja nak borak dengan blog.
Manusia.
Tak reti bersyukur.
Tak reti nak menghargai.
Lagi?
Tak reti nak berubah.
Lagi?
Entah.
Aku tak usik orang.
Aku tak perasan sape aku dah sakitkan hati.
Aku tak perasan sape aku dah susahkan.
Aku rasa aku dah minta maaf.
Alhamdullilah.
Aku masih bersabar.
Dugaan aku.
Rezeki aku.
Mungkin ujian aku.
Allah ada.
Aku percaya.
Manusia.
Puasa Asyura 10 Muharam
Selamat berpuasa pada hari Asyura
10 muharam.
Alhamdullilah.
Semoga saya diberi kekuatan hingga waktu berbuka nanti.
Memang dah niat dari awal muharam lagi nak puasa 10 Muharam ni.
Tapi tak tahu la pula semalam pun 9 Muharam disunatkan berpuasa jugak.
Takpela, takde rezeki untuk hari semalam.
Then , tu yang nekad, harini tetap kena puasa.
Lets.
Ni lauk sahur saya.
Watermark Impian
Harini handphone tertinggal.
Nice.
Jom kita belajar buat watermark gambar.
Rasa safety sikit.
Sekadar perkongsian ;)
Selamat Hari Isnin.
Happy Deepavali walaupun dah terlambat.
Today kerja macam biasa.
Esok Cuti Awal Muharam.
Alhamdullilah.
Jom ramai-ramai baca doa Awal Tahun dan Akhir Tahun
Okey.
DOA AKHIR TAHUN
3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Amalan-amalan sunat: |
- Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram): |
- Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
- Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
- Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Alhamdullilah.
Apa yang perlu dan tahu kita share and amalkan sama-sama walaupun hanya la copy & paste ;)
Semoga amalan kita pada tahun lepas dan tahun akan datang diterima dengan baik oleh maha pencipta nya.
InshaAllah.
SubhanAllah.
AllahuAkbar.
Petang
Assalamualaikum.
Hai selamat petang.
Counting masa nak balik.
Tak sabar nak menghadap jem !
Pergi balik jem !
Sabar jela.
Tadi ada customer bagi biskut.
Nampak sedap.
Lets makan.
Makanan
Sempena bulan oktober dah sampai ke penghujung nya ni,
Kita nak upload gambar je.
Kita namakan album ni
Tragedi oktober .
Tragedi gemuk mungkin.
Tapi bersyukur jela.
21 September 2013 Moment
Perlukah kita umumkan satu dunia yang dia tunang kita?
Sesungguhnya dalam Islam menyuruh kita hanya berdiam..
Pertunangan ini cukuplah hanya sekadar keluarga kita
dan keluarga dia sahaja yang tahu..
Pertunangan adalah jalan untuk pasangan
Berkenalan macam mana?
Hanya mungkin merisik melalui ibu bapanya..
tiada siapa lagi yang mengenali anaknya
selain ibu bapanya yang menjaganya sejak kecil lagi..
Pertunangan ini supaya kita betul-betul mengenali dia..
Sama ada dia sesuai dengan kita atau tak..
Jika dia tidak sesuai untuk kita..
Tidak mengapa diputuskan ikatan pertunangan itu..
Jika hanya keluarga kita dan dia sahaja yang tahu..
masalah ini tidak akan terjadi..
Ingat sahabat..
pertunangan adalah proses perkenalan..
bukan halal untuk keluar dengannya dan berjumpa dengannya..
Jika mahu untuk berjumpa dengannya atas mahu kenal dengan lebih dekat..
Boleh saja berjumpa tapi pastikan membawa mahram bersama..
Kanak-kanak yang kecil yang masih tidak mengerti
erti sebuah perkahwinan tidak dikira mahram…
Jangan buat alasan membawa kanak-kanak 10 tahun sebagai mahram..
Kamu tetap dianggap melakukan perkara yang mungkar..
Kerana dalam berdua-duaan pasti yang ketiga itu syaitan..
semoga sahabat..
mengenali dia dengan lebih dekat..
Jika pertunangan tidak jadi..tidak mengapa..
Semoga dia tetap sahabat walaupun jodohmu bukan dengannya..
Dan keluarganya tetap diziarahi sebagai saudara seIslam..
Pertunangan itu jangan lama-lama..
Akhirlah dengan perkahwinan, jika rasa dia adalah jodohmu..
Perbanyakkan solat taubat dan solat istikharah..
semoga kau temui jodohmu..
dan semoga pertunangan itu salah satu jalan untuk
kau makin mengenalinya dengan lebih baik dan
yakin untuk membina masjid dengannya..
Perasaan
Today.
Masih berkerja macam biasa.
Cuma banyak berfikir dengan keadaan dan situasi sekarang.
Masih berfikir dan akan fikir sampai bila- bila.