Note To My Self

Assalamulaikum

Selamat Pagi.

Monday feel happy sebab banyak ujian yang terpaksa di hadapi.

Alhamdullilah.

Rasa macam nak share quote of the days.

Bagaimana nak melayan orang yang jahil ? Lebih kurang macam orang yang selalu rasa tak puas hati dengan diri sendiri. At last dengki kat orang lain.

Cara dia ?

Apabila orang bodoh ajak kita bertelagah atau bertengkar,dengan kita, maka sikap yang terbaik adalah DIAM. Tidak perlu melayan. Nanti dia akan penat dan diam dengan sendirinya.

Kalau kita melayan, maka kita akan susah sendiri, Dan bila kita berkawan dengan nya, dia akan selalu menyakiti hati kita ;)

Sikap DIAM terhadap orang yang bodoh adalah satu kemuliaan, Begitu pula diam untuk menjaga kehormatan adalah suatu kebaikan.

Pernah dengar tak ayat ni ?

Adakah seekor singa itu digeruni kerana sifat nya yang pendiam lantaran ia jadi pendiam, tetapi seekor anjing sentiasa di buat permainan kerana sifatnya yang suka mengonggong ?


Happy of the day.

Note untuk diri sendiri.

Sabar walaupun sentiasa di pijak, di hentam, di maki,

Allah Taala sentiasa ada dengan kita setiap masa dan saat.

Jumaat Berkat

Assalamualaikum

First nak share gambar makanan.

Haruslah makanan again.

Food lover katanya.

Kalau gemuk ke memang feeling love jelah kan.


Ni breakfast harini.

Nasi Impit + Kuah Kacang + Sambal Tumis + Rendang Daging.

Rezeki hari Jumaat. Alhamdullilah.




Ni lauk dinner tadi malam. Masak simple. Janji kenyang.

Bahan : Kentang + Ikan Bilis Halus + Suhun + Kicap + Cili + Bawang Merah + Bawang Putih.

Jadi la macam Sambal Goreng orang Jawa panggil. Tapi cuma takde Tempe dan Tauhu je.

Makan dengan Nasi panas. 

Oh ye.

Masih musim hujan kan ?

Kata nya bilangan mangsa bannjir makin bertambah.

Haaaa. Haritu kita ada updated nak bagi bantuan kat mangsa banjir tapi tak tahu cara dia camne kan ?

Tadi malam dapat info.

Malam ni. Jumaat 6 hb - 8 hb / December /2013 maksudnya Jumaat sampai Ahad la kan.

Ada announcement siapa yang nak join jadi sukarelawan ke Pahang untuk bantu mangsa banjir boleh la kumpul dekat Masjid As-Syakirin Gombak pukul 9.00 malam ni.

bawak la keperluan diri.

Ingat la nak join. Tapi HB tak bagi,

Darah manis katanya.

Sedih. Sebab memang dah niat and excited nak pergi.

Tapi takde rezeki.

Maybe next time.

Insyallah semoga perjalanan sahabat yang membantu mangsa banjir tu di permudahkan ye.

Jaga diri dan keselamatan terutamanya.

Al-fatihah kita sedekahkan dekat sedara mara kita yang dah pergi menghadap illahi.


Hargai Semasa Ada Depan Mata

Assalamualaikum


ISTERI VS KEKASIH GELAP


En Suami : Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk.


Ustaz : Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zureat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.

En suami : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang.


Ustaz : Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu.

En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan simpanan saya..

Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu.


En suami : .... tapi kan ustaz....

Ustaz : Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bershukur seperti awak. Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia bole memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.


Note untuk diri saya sendiri. Lelaki baik dekat luar terlalu ramai. Lelaki yang jujur susah nak jumpa.

Hati

Assalamualaikum

Alhamdullilah.

Musim hujan , hati pun rasa suram.

Ujian tetap ujian.

Dugaan tetap dugaan.

Tak perlu minta hidup ni terlalu mudah.

Cukup la hidup ni selalu tabah.

Hati susah nak dijangka.

Hati senang berubah.

Hati senang sakit.

Hati senang nak dengki.

Hati - hati dengan kehidupan sekeliling.

Sentiasa berwaspada.

Aku simple.

Diamkan apa orang nak cakap.

Kadang di kata tak perikemanusiaan.

Tapi aku diam.

Sebab aku dah penat.

Allah maha Adil kan ?

Itu semua kerja dia.

Tugas aku jangam membalas setiap ludahan yang telah diberikan.

Bumi ni bulat.

So tak payah risau.

Aku tak boleh tunjuk kesedihan aku.

Nanti org kat luar tepuk tangan pulak.

Ya. Saya bahagia.

ALHAMDULLILAH di atas kiriman yang sementara ni.

Saya

Assalamualaikum


Sekarang Musim Hujan Kan ?

Jalan sentiasa jem. Tak kira pergi ke balik kerja. 

Yang excident nya lain. Mudah-mudahan keluarga kita dalam lindungan NYA, Amin.

Dah Akhir Tahun kan ?

Kalau nak tanya azam dah tercapai ke tak rasanya Alhamdullilah . Allah Maha Adil dan Maha Melihat kan.

Nak sentuh pasal Banjir.
Besabar lah wahai sahabatku yang dilanda banjir. Itu semua bukan musibah, Tapi ujian. Supaya kita sama-sama beringat.

Kalau Ingat balik Taufan dan bencana kat negara jiran kita tu Topan Haiyan Kat Kota Tacloban Filipina. Rasanya lagi teruk ujian diaorang. Kita ni hanya la banjir ribut je kan.

Taufan pun takde la seteruk tu.

Mungkin kita semua pun sedia maklum kalau akhir tahun memang musim tengkujuh kan.

Alhamdullilah. Ujian dunia kan. Sama-sama la kita sedekahkan Al-Fatihah. 

Mungkin takde peluang untuk turun turut sama berikan bantuan. Tapi insyallah, kita sama-sama buat solat hajat. supaya semuanya dalam keadaan terkawal.


Kalau rasa mana yang kurang kat diri kita ni, sama-sama la menegur ye. tapi biarlah kena dengan caranya. bukan depan orang ramai.

Hormat orang lain. Jaga Hati orang lain kan kita dah belajar dari kecil lagi.

Itu tak kisah la sama yang mendidik kita,

At least kita dah ada basic.

Oh ye. Nak sentuh bab politik pun tak boleh sangat. nanti kena sman tak pasal-pasal.

Kita bukan takde hak. tapi malas nak masuk campur. Negara dah aman damai pun dah bersyukur.

Apa yang nak naik pun situ la. Tugas kita memang membayar pun.

Nak memberontak pun tak guna. Tak mendatangkan apa-apa. 

Daripada ada rasa hasad dengki, sakit hati, benci, dendam.

Lebih baik istighfar.

Semua tu memang keperluan yang kita akan guna hari-hari.

Mari lah bersyukur.

Kalau rasa macam susah sangat nak bersyukur, sila la duduk dekat Syria sana.

Rasa keperitan hidup diaorang.

Subhanallah.


Makanan Again

Assalamualaikum





Drumstick Black Paper. Teringin nak Chicken Wings kat Stall tepi jalan tu, Tapi dapat dari Domino's. Bersyukur ;)



Lauk masak untuk makan malam tapi memang sengaja masak lebih untuk bawak bekal esok hari.

Nasi Kicap + Kubis Oyster + Ikan Bawal Goreng Kunyit + Budu ( Gatal-Gatal makan) Stop kejap.



Boring makan nasi + niat nak diet, tapi makanan ni berminyak ;) Diet ke masalahnya ?

Paling senang nak masak. Mihun Sup Ayam Kentang, Taugeh + Sambal Kicap. 


Dinner jugak include bekalan ke office esok pagi.

Sambal Sardin + Taugeh /Tauhu Oyster + Budu (Stop)



Haaaa. Ni kita panggil Nasi Lemak Makcik Kedekut. HAHA. Sedap la walaupun kedekut dengan Nasi, 
Nasi Lemak 3 kali suap je + Sambal Ikan Bilis + Paru goreng sedap + Telur bukan separuh, bukan suku, tapi setengah suku + Timun Jepun Manis. RM 3.50.
Bismillah.


Breakfast. Akak bagi set from Sturbucks. Tapi time ni kita Puasa Asyura. So bawak balik makan muffin je. 

Sandwich not bad la. Terima Kasih ye Kakak.




Cekodok Pisang Bulat-Bulat Kecik. HAHA. Yang ni kelakar. Bila balik kampung menjadi pulak buat bulat kecik. Takut kena marah ke camna ni ? + Teh Tarik. Lokasi? Kampung kat Pahang ;)


Dessert malam-malam. Makan pukul 1 Pagi. Nice. Ternak lemak. Thanks You Apit. Takde Indulghes tapi beli jugak yang ada rasa chocolate.



Ni pun dinner punya lauk rasanya. buat Ikan Bakar. Tapi Bakar dalam kuali. Tanpa Minyak. Takkan nak membakar pakai Arang kan ? Nanti bising jiran ;)

Ikan Cencaru + Salut Serbuk Kunyit + Garam. + Letak dalam kuali Tanpa Minyak + Tutup.

Sambal Kicap ? Cili & Bawang potong halus-halus + Tuang Kicap Kipas Udang + Perah Limau.

Done. Makan dengan Nasi Panas.

Eh? Tetiba ter share cara nak masak. Note to myself. Masakan bujang.


Bubur. Bukan demam pun. Saja masak tekak teringin nak makan. Nak order Bubur MCD macam membazir. So mari lah masak. Bahan pun bukan susah sangat pun. Ikan Bilis Halus + Bawang Besar + Cili + Kicap. Makan sebelum tidur. Terima Kasih ;)



Ni pun Dinner jugak. Masak Mihun Tomyam Fishcake je pun ada, Tak payah beriya sangat nak letak bahan nya, sendiri punya tekak pun. Masak lebih.. Bawak bekal.



Weekend tak silap. Nasi + Ayam Masak Cili + Teh O Panas + Haaa. See. Balnce kuah Tomyam ada lagi. Segar sambil menghirup tengok Melodi ;)



Satay Daging Favourite ;) Serius. Sedap sangat. Kalah satay Kajang.




Sup Sayur + Sambal Belacan.


Nasi + Ikan Cermin Singgang Putih Tanpa Kunyit + Sambal Hijau Tumis.




Sayur Timun Goreng Sambal letak Fishball. Tak makan Nasi time ni ;)



Mee Hailam. Tak berapa nak kena dengan tekak. Tapi Habis je ;) Jangan membazir okey :)



Medan Ikan Bakar. Tapi Makan Sotong Bakar + Kailan Ikan Masin + Tomyam Campur Putih ;)


Mihun Goreng, + Telur Dadar Hancur.




Yang Ni gambar tadi malam. Lapar. So Jom la buat Jemput-Jemput Bawang. Then Baru boleh sleep.



Alhamdullilah. Terima Kasih Ya Allah atas nikmat serta rezeki yang ko berikan pada kami sekeluarga.


December 2013

Assalamualaikum

December datang lagi.

Bulan di hujung tahun.

Alhamdullilah.

Banyak perkara yang berlaku.

Dan kebanyakkannya bukan la wishlist this year.

Tapi Allah dah bagi rezeki.

So kita bersyukur.


Dinner. Tomyam  Putih Campur + Kailan Ikan masin + Sotong Bakar.

Medan Ikan Bakar Sg. Merab Kajang.